Hidung berdarah jangan dongak, itu cara salah

Ramai orang mengambil tindakan untuk mendongak kepalanya apabila hidung berdarah secara automatik supaya darah tidak mengalir keluar dengan lebih banyak lagi.

Namun adakah anda tahu ia cara yang salah?

Menurut Dr Ezairy M.Sallih yang bertugas di Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak), mendongakkan kepala ketika hidung berdarah berisiko menyebabkan darah hidung masuk ke saluran pernafasan.

2 perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.

1. Pendarahan hidung berhenti.

2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Langkah utama harus anda lakukan jika hidung berdarah:

1. Bertenang

Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.

2. Tundukkan kepala

Jangan dongakkan kepala.

Apabila anda dongakkan kepala ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan.

Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku.

3. Tekan pangkal hidung

Dengan menekan pangkal hidung ia akan memastikan pendarahan hidung berhenti.

4. Letakkan ais

Ais boleh diletak pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.

Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.

Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital.

Pendarahan perlu dihentikan segera.

Perkara penting anda perlu elakkan ialah jangan sesekali mencuba untuk masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan, kerana cara tersebut tidak langsung membantu.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]