Gara-gara guna ‘screen protector’ retak, jari hampir dipotong

Semua telefon pintar pada zaman serba teknologi kini menjadikan pemakaian “screen protector” sebagai satu benda wajib.

Ia bagi melindungi telefon pintar daripada calar atau retak dan pecah.

Bagaimanapun kita juga sering melihat rakan-rakan menggunakan “screen protector” yang retak.

Antara alasan yang popular yang disebutkan apabila minta digantikan sudah pastinya malas atau tidak mempunyai masa.

Disebalik berkesan sebagai melindung skrin telefon pintar daripada mudah calar atau retak, skrin pelindung ini juga mungkin merosakkan jari anda dalam jangka masa panjang sekiranya tidak diambil serius.

Kes yang berlaku ini mungkin bakal menjadi pengajaran buat orang ramai dimana seorang mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani berumur 23 tahun ini mulai sedar jarinya kanannya semakin bengkak serta semakin hitam sejak beberapa minggu lalu.

Melihat kepada keadaan jarinya yang semakin bengkak, beliau telah mendapatkan rawatan di klinik di Puncak Alam.

Alangkah terkejutnya apabila doktor memaklumkan jarinya terkena jangkitan kuman dimana beliau diarahkan untuk mula mengambil antibiotik.

Beliau juga turut dicucuk sebanyak lima kali di jari bagi membuang nanah yang berada sekitar ibu jari.

Berdasarkan perkongsian, ibu jari beliau dilihat semakin parah dan dinasihatkan doktor untuk dibedah.

Menurut doktor, jari beliau mungkin terpaksa dipotong sekiranya lambat mendapat rawatan.

Siapa sangka bermula dengan “screen protector” yang retak, jari beliau terpaksa dibedah.

Bagaimanapun, kini jarinya semakin pulih dan hanya perlu ke klinik untuk mencuci luka.

Berdasarkan perkongsian mangsa, beliau kerap bermain game di telefon pintar sehingga lewat malam.

Tidak mengendahkan “screen protector” yang sudah empat bulan retak antara yang membuatkan beliau terkena jangkitan kuman.

Beliau turut memberi saranan kepada orang ramai untuk segera menukar “screen protector” sekiranya retak untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Facebook Eishh Rayyania

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]