Minum air kosong, tapi kenapa perut buncit?

Sememangnya minum air kosong mempunyai banyak khasiat.

Malah ia cara diet yang mudah dan bagus untuk pelbagai penyakit.

Namun, jangan ambil mudah kerana air masak juga boleh menyebabkan perut anda kelihatan buncit.

Jadi cara yang betul perlu dititik beratkan walaupun hanya minum air kosong.

1. Bangun tidur

Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas.

Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah.

Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman.

Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semula jadi.

Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.

2. 30 minit sebelum makan

Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan.

Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan.

Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

3. Sebelum mandi

Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi.

Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

4. Sebelum tidur

Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas.

Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]