7 Langkah cegah anak jatuh sakit waktu jerebu

Letusan Gunung Kerinci yang baru dilaporkan lewat malam Khamis, keadaan jerebu mungkin mengambil sedikit masa untuk reda.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Ogos 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaporkan beberapa negeri di Malaysia bakal menerima tempias jerebu susulan kebakaran hutan di 5 wilayah di Indonesia.

Jerebu akan berlaku berterusan dalam tempoh sekitar 7 hari berikutan monsun Barat Daya dengan cuaca kering dan stabil.

Jerebu rentas sempadan dari Sumatera boleh mempengaruhi keadaan terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di sebelah utara semenanjung seperti Pulau Pinang.

Beberapa langkah anda harus ambil bagi memastikan tiada ahli keluarga terkesan dengan jerebu yang melanda :

1. Kurangkan aktiviti fizikal

Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan.

Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

2. Hadkan aktiviti luar rumah

Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.

3. Tutup tingkap

Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

4. Elak pembakaran terbuka

Selain pembakaran sampah secara terbuka, elakkan juga aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

5. Guna mod kitaran udara dalaman pada aircond kereta

Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

6. Banyakkan minum air kosong

Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.

7. Kerap mandi

Kerapkan mandi bagi menyejukan badan.

Cuci muka dan basuh tangan dan dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]