Viral cara potongan buah nangka di Amerika Syarikat

Jika sebelum ini makanan tempatan pernah dikritik oleh chef popular dari luar negara iaitu John Torode berikutan kes “rendang ayam crispy”, kali ini potongan buah tempatan di sebuah pasaraya di Amerika Syarikat ini berjaya mencuri perhatian netizen dari Malaysia.

Semuanya bermula apabila individu bernama Mei Tan berkongsi di laman Facebook beliau mengenai cara orang di Amerika Syarikat yang memotong buah nangka seakan potongan buah tembikai.

Berikut merupakan perkongsian daripada Facebook Mei Tan telah dikongsi oleh 2,500 pengguna Facebook.

Perkongsian beliau turut menerima pelbagai respon daripada pihak netizen dimana ramai yang tidak menyangka betapa anehnya potongan yang dibuat.

Antara respon yang mencuit hati dimana ada yang mengaitkannya dengan buah rambutan yang dipilih oleh drama bersiri Netflix, “Another Life” sebagai buah dari angkasa lepas.

Bagaimanapun, respon netizen yang paling mendapat perhatian ramai adalah daripada saudara Rhys William yang memohon maaf bagi pihak “mat salleh”.

Tweet daripada beliau ini setakat ini sudahpun mengumpul lebih 13,000 retweet setakat ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]