Pisau cukur : Asah guna seluar jeans, jangan simpan di bilik air

Penampilan anda akan rosak jika tiada pencukur yang membolehkan anda “menghilangkan” segala bulu yang tumbuh di merata tempat sekaligus tidak menunjukkan kekemasan pada diri anda sendiri.

Sehubungan itu, pencukur sangat penting dari segi penjagaannya supaya ia tidak mudah berkarat.

Dan ia mempunyai cara tersendiri yang harus anda tahu, khususnya peralatan itu tidak boleh disimpan dalam bilik air.

Namun tetap ramai yang melakukannya kerana mudah untuk diambil dan dipakai.

Jadi apa yang anda perlu lakukan:

1. Asah pisau cukur guna seluar jeans

Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi.

Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur.

Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.

2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti

Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya.

Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau.

Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.

3. Simpan di tempat yang kering

Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air.

Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.

4. Keringkan setelah digunakan

Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat.

Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu.

Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.

5. Guna krim cukur ketika mencukur

Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur.

Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.

Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]