Tahukah anda apakah barang hotel paling banyak dicuri?

Tidak dinafikan setiap individu pasti pernah menginap di hotel tidak kisahlah hotel mewah atau hotel biasa.

Namun apa yang menjadi persoalan barang yang ada di dalam bilik hotel tersebut seringkali hilang tidak kiralah yang kecil atau besar.

Dan inilah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pengusaha hotel.

Malah barangan hotel tertentu yang dilaporkan cukup “laris” berbanding barang lain seperti tuala dan selimut.

“Ia dapat dilihat berdasarkan jantina tetamu. Kalau perempuan biasanya barang yang diambil adalah barang dekorasi seperti sarung bantal, bunga, alas tilam atau lilin.

“Berbeza dengan tetamu lelaki, hotel biasanya hilang gelas atau minuman beralkohol,” kata seorang sumber dari jaringan hotel antarabangsa memetik Traveller.com.au.

Barang yang mustahil untuk dicuri tetapi pernah dicuri dari bilik hotel juga ada seperti seluruh isi mini bar (alkohol), tangki air, sehinggalah televisyen.

Paling luar biasa menurut sumber memetik KompasTravel, ada tetamu yang mencuri terus dari stor hotel.

Barang percuma yang paling kurang dibawa keluar dari bilik hotel adalah bible dan sandal.

Sedangkan di luar negara terdapat organisasi yang sedia menggantikan setiap bible yang hilang secara percuma.

Malah sandal hotel juga dibenarkan dibawa pulang.

Dan apa yang dilakukan kebanyakan pengusaha hotel sekarang ini dengan melekat penanda sangat kecil terhadap sebarang barang.

Jadi jika ada tetamu yang “tidak sengaja” membawa keluar barang hotel ketika check out, ia akan diketahui oleh pihak hotel.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]