Jangan terburu-buru… 5 tips beli barang bundle atau preloved

Populariti barangan bundle atau preloved berjenama semakin mendapat perhatian kebanyakan pengguna.

Malah ia semakin mendapat tempat di beberapa laman sosial yang menjual barangan tersebut dengan menawarkan pelbagai jenama dari seluruh dunia.

Dan jika anda bernasib baik anda mungkin terjumpa “item rare” atau edisi terhad dengan harga yang menarik.

Kelebihan ini buat mereka yang rajin membuat semakan atau berkunjung ke butik atau bazar yang menjual barang preloved.

Walaupun kualitinya mungkin tidak sebaik baharu, namun bagi yang sukakan kelainan dengan harga berpatutan, barang bundle boleh menjadi “berharga” kepada sesetengah orang.

Bagaimanapun di sebalik keghairahan itu, sebenarnya terdapat beberapa tip yang perlu diambil kira dalam mencari barang preloved;

1. Komunikasi dengan penjual

Berbeza dengan pembelian dalam talian, jika pergi sendiri ke kedai atau bazar adalah peluang terbaik untuk anda bertanya soalan kepada penjual dan komunikasi akan jadi lebih mudah.

Jika anda pandai “membodek” peniaga mana tahu dia akan keluarkan barang istimewa yang disimpan.

2. Pengetahuan mengenai produk

Kebanyakan yang gemarkan barang preloved suka mencari yang berjemana seperti beg tangan Louis Vuitton, Chanel mahupun Gucci.

Sebaik-baiknya buat sedikit kajian tentang produk-produk tersebut termasuk cara mengenal pasti sesuatu produk itu asli atau pun tidak.

3. Jangan terburu-buru

Jika sudah bertemu dengan barangan yang digemari jangan terburu-buru sebaliknya luangkan lebih masa untuk membelek bagi memastikan tiada kerosakan.

Ketelitian ini perlu diberi perhatian kerana sifat barang preloved itu sendiri yang mungkin ada kecacatan ketara.

4. Ambil masa menilai

Sebelum membuat sebarang pembelian adalah disarankan untuk tidak terburu-buru membuat pembelian dan sebaiknya cuba lawati setiap gerai yang ada kerana anda tidak akan tahu bila akan bertemu dengan barang “berharga”.

Cara ini juga membolehkan anda membuat perbandingan harga kerana kebiasaannya setiap peniaga barangan preloved akan meletakkan harga dan kualiti berbeza.

5. Kategori barang preloved

Barang yang sudah digunakan walaupun hanya sekali sudah boleh dikategorikan sebagai preloved namun ada beberapa istilah yang perlu anda ketahui.

Istilah ini sangat penting kerana ia boleh menentukan kualiti sesuatu barang dan kebiasaannya peniaga akan melabelkannya mengikut kategori iaitu:

A. Excellent Condition : Barang berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.

B. Like New : Barang masih dalam keadaan bagus namun sudah digunakan.

C. Very Good Condition : Visual barang nampak seperti sudah digunakan tetapi dalam keadaan baik.

D. Need Spa : Barang itu perlu dibaiki.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]