Sarapan ringkas, kenyang sehingga tengahari

Anda seseharusnya mengambil sarapan yang berkhasiat, dalam masa yang sama membantu mengawal selera makan, serta mengurangkan kalori dalam tubuh badan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang bersesuaian, antaranya ialah :

1. Telur

Telur ialah salah satu sumber protein dan asid amino yang terbaik untuk anda yang sedang berdiet; dengan 94% protein bersih berbanding kira-kira 70% bagi daging dan ayam.

Satu kajian menyatakan, mereka yang sedang diet dan mengambil telur sebagai sarapan pagi akan berasa kenyang lebih lama serta kurang dua kali ganda berat berbanding mereka yang mengambil kalori yang sama dari roti gulung untuk bersarapan.

2. Oat

Oat yang kaya dengan serat dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Malah kandungan beta-glukan pada oat pula akan meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama sehingga mencegah anda untuk makan berlebihan.

Kajian Journal of Nutrition melaporkan, pengambilan sarapan pagi yang mengandungi karbohidrat yang dilepaskan secara perlahan-lahan seperti oat dan bijiran, 3 jam sebelum bersenam akan membantu membakar kalori dengan lebih banyak.

3. Greek yogurt tanpa lemak

Sumber yang baik untuk vitamin-vitamin B, kalsium, protein, potasium dan zink. Protein yang terkandung dalam yogurt akan mambantu anda lebih ramping.

Kajian dilakukan dengan cara para penyelidik memberikan diet tinggi lemak kepada dua kumpulan tikus selama 11 minggu.

Hasilnya mendapati kumpulan tikus yang diberi air dengan campuran protein whey (sejenis protein yang ditemui secara semula jadi di dalam yogurt dan produk tenusu lain), telah turun sebanyak 42% berat dan hampir 1/3 kurang lemak badan berbanding kumpulan tikus yang hanya diberi air kosong.

4. Mentega kacang

Kekacang juga tersenarai antara makanan utama yang dapat membantu menurunkan berat badan sebagaimana yang dikatakan oleh para penyelidik daripada Harvard.

Makan 1-2 sudu mentega kacang bersama roti bakar bijirin penuh (pelepasan perlahan karbohidrat).

5. Buah-buahan

Buah-buahan segar mengandungi kalori dan lemak yang rendah, tetapi kaya dengan fiber dan zat-zat lain seperti vitamin C.

Hindari buah-buahan beku atau dalam tin kerana ia biasanya mempunyai bahan tambahan dan secara amnya kurang berzat.

6. Kopi tanpa gula

Secawan kopi 16 auns boleh mengandungi sebanyak 300mg kafein.

Kafein boleh membantu mekanisme badan manusia untuk membakar kalori (dikenali sebagai proses thermogenesis).

Untuk mengelakkan kalori terutamanya bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, minum kopi secara black iaitu tanpa krim dan gula.

Beberapa penelitian juga menunjukan bahawa kafein dalam kopi dapat mengurangi nafsu makan untuk beberapa tempoh waktu.

Jadi jika anda berasa lapar walaupun sudah makan, minumlah kopi. Rasa lapar anda akan hilang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]