Wow… Neelofa kerjasama dengan Starbucks jual selendang eksklusif

Bagi mereka yang gemar minum kopi dan lepak di Starbucks, mesti anda akan perasan ada satu sudut mereka letak dan menjual selendang.

Wow ini satu pembaharuan, Starbucks jual tudung!

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Starbucks Malaysia dan Neelofar Hijab menjalinkan kerjasama bagi mengeluarkan satu koleksi istimewa bagi penggemar dua jenama ini untuk mendapatkannya.

Apa yang menarik perhatian untuk koleksi Starbucks X Neelofar ini, anda akan dapat memilih 3 variasi selendang yang berwarna coklat, beige dan hijau yang juga warna minuman popular Starbucks iaitu coklat, karamel dan teh hijau.

Difahamkan, untuk setiap pembelian ini, RM1 akan disumbangkan kepada badan amal pilihan Neelofa.

Sehelai tudung Starbucks X Neelofar dijual pada harga RM78 sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]