Berhenti merokok akan buat lelaki tampak awet muda

Kebanyakan lelaki perokok menyatakan rokok akan membuatkan mereka tidak buncit, dan mampu menghilangkan stress pada saat mereka sibuk bekerja.

Namun golongan lelaki ini juga perlu tahu jika anda berhenti merokok, wajah anda secara perlahan-lahan akan menjadi lebih awet muda.

Secara asasnya, merokok akan membuatkan kulit anda kering, kusam serta memusnahkan kolagen yang sedia ada di wajah si perokok.

Antara perkara lain yang membantu anda untuk tampil lebih awet muda ialah :

1. Tidak segan mencuba guna produk penjagaan kulit yang bersesuaian

Lelaki kena buang tanggapan bahawa guna produk penjagaan kulit ini hanya golongan wanita sahaja.

Ia salah sama sekali, ketahuilah lelaki juga perlu gunakan produk penjagaan kulit untuk kekal segar dan nampak muda.

Selain itu, anda juga tidak perlu beli produk yang mahal serta berjenama, untuk permulaan guna sahaja produk cuci muka yang murah tetapi pastikan periksa dahulu kesesuaiannya terhadap kulit anda.

2. Cuba untuk tidur awal

Tabiat suka tidur lewat sangat tidak sihat.

Ini kerana anda bakal menganggu waktu rehat yang diperlukan tubuh untuk digunakan semula pada hari esok.

Tidak cukup tidur adalah penyumbang utama masalah penuaan.

Jadi pastikan tidur awal dan dapatkan rehat yang secukupnya.

3. Cuba perbaharui stail rambut

Rambut ibarat mahkota bagi wanita, bagi lelaki ia adalah tanjak terulung untuk menampakkan elemen gagah perkasa.

Jadi jika sebelum ini anda suka biarkan rambut anda panjang tidak terurus serta berbau, inilah masanya untuk “servis” sedikit penampilan rambut.

Sekali-sekala usaha potongan yang sesuai mengikut bentuk kepala ataupun pergi kedai gunting rambung, minta nasihat penggaya rambut, mereka lebih pakar stail apa yang sesuai dengan anda.

4. Rajin bersenam dan aktif

Jika anda rajin bersenam, percayalah penyakit seperti lemah jantung, sakit sendi tidak mudah menyerang tubuh anda walaupun umur meningkat.

Ini kerana jantung anda sudah dilatih untuk bekerja keras memastikan ia dapat mengepam darah yang segar ke seluruh badan.

Penulis sendiri pernah berjumpa dengan lelaki yang sudah berumur 58 tahun, tetapi rupa paras serta kesihatannya seperti orang berumur 37 tahun.

5. Rajin minum air kosong

Jangan pandang rendah kehebatan air kosong.

Ini kerana dalam banyak-banyak air yang berperisa, air kosong adalah air yang amat diperlukan badan untuk menjamin kesihatan anda.

Air berperisa mengandungi jumlah gula yang sangat banyak hingga menjejaskan kesihatan kita.

Kulit yang kering adalah kerana kurangnya air kosong dalam badan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]