Dandan rambut bentuk kasut! Anda berani?

Rambut mahkota bagi setiap wanita dan pastinya ramai yang ingin dilihat cantik pada setiap dandanan yang dilakukan.

Namun ia pelik bagi seorang pemilik Instagram, Laetitia Ky yang mendandan rambutnya dengan pelbagai konsep.

Konsep yang pelik itu membuatkan ramai netizen mengikuti setiap keunikan yang cuba ditampilkan menerusi laman sosial itu.

Menceritakan perkara itu, Laetitia, 22 ketika membesar di Ivory Coast mula belajar mendandan dengan ibunya sejak dia berumur 5 tahun lagi.

Pada waktu itu, dia tidaklah mengambil kisah mengenai rambutnya ini tetapi kini, berbekalkan bakat dan kreativiti yang Laetitia ada, rambutnya membawa rezeki.

Sejak 2 tahun lepas, Laetitia berjaya meraih populariti di laman Instagram dengan gambar rambut panjangnya yang didandan dan dipintal hingga melawan graviti.

Macam-macam reka bentuk yang dicipta, seolah-olah ideanya tiada batasan.

Ada yang mempamerkan elemen lucu, ada juga yang menonjolkan mesej politik.

Apa-apa pun, rekaannya memang luar biasa dan kreatif.

Sekali pandang, anda mesti akan tertanya-tanya bagaimana dia berjaya memintal rambutnya sampai begitu sekali.

Anda pun takkan sangka yang rambut boleh didandan seperti itu.

Jom lihat rekaan arca yang pernah Laetitia kongsikan di akaun Instagram miliknya @laetitiaky.

Kini dia mempunyai 209,000 pengikut dengan 241 posting.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]