Inginkan makanan sihat, SaladStop! tempat wajib bagi mereka dambakan amalan hidup sihat

Chef Wan, Amber Chia dan Steve Yap antara selebriti yang turut berkongsi resepi mereka dalam menyediakan hidangan salad di SaladStop!.

Restoran dengan menu salad khas kini memulakan rangkaian makanan kesihatan antarabangsa pertama di Malaysia.

Sebagai perintis kepada amalan pemakanan sihat di Asia, SaladStop! menyajikan makanan segar, paling berkhasiat yang dihidangkan mengikut citarasa Asia sesuai untuk dimakan di mana sahaja.

Dengan slogan “Eat Wide Awake” ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang ramai bagaimana proses makanan berkhasiat yang seharusnya menjadi amalan semua orang diambil secara konsisten.

Pengarah Urusan SaladStop! Adrien Desbaillets akan memastikan menu yang disediakan akan berubah setiap 3 bulan mengikut citarasa masyarakat Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan SaladStop! Adrien Desbaillets, beliau tidak menafikan citarasa orang Asia sedikit sebanyak akan mempengaruhi hidangan yang mereka sajikan.

Namun beliau yakin dengan pelbagai bahan yang akan digunakan terutama bagi masyarakat Melayu, India dan Cina yang kaya dengan pelbagai rempah ratus akan memberikan keunikannya tersendiri dalam menarik minat untuk makan dengan cara sihat.

“Kami akan tampil dengan beberapa menu yang berlainan setiap 3 bulan bagi memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

“Dan sudah pasti ia akan jadi produk bermusim yang menggunakan bahan daripada rempah ratus tempatan,” katanya kepada FMT.

SaladStop! akan memastikan setiap penyediaan dibuat mengikut citarasa pelanggan.

SaladStop! menawarkan pelbagai pilihan salad segar, wrap, bijiran dan minuman sihat.

Pelanggan boleh memilih untuk menghasilkan salad, wrap atau bijirin mereka sendiri daripada lebih 60 ramuan dan 20 sos buatan sendiri.

Mamma Mia! antara hidangan ‘signature’ yang disediakan di SaladStop!.

Mereka juga boleh memilih pelbagai hidangan “signature” seperti Hail Caesar, Earth Bowl berasaskan sayuran atau Mamma Mia! yang menggunakan pasta.

Kesemua hidangan ini adalah daripada kacang perancis, tomato ceri, kentang, kubis merah dan putih serta salad romaine.

Hidangan disediakan akan mempunyai kacang perancis, tomato ceri, kentang, kubis merah dan putih serta salad romaine.
Oh crab la! menu baru yang diperkenalkan di SaladStop!

Kedua-dua varian baru ini juga semakin melengkapi tiga varian yang telah popular di kalangan pengguna, iaitu Rodeo Drive, Mighty Miso, dan Hulu.

“Bagi sesiapa yang mempunyai gaya hidup aktif, Bowl Protein Panas SaladStop! Pilihan yang paling sesuai adalah kerana ia mempunyai kandungan tenaga dan protein yang mencukupi,” katanya lagi.

Sementara itu antara selebriti yang hadir seperti Chef Wan, Amber Chia dan Steve Yap menyifatkan pembukaan cawangan SaladStop! di Malaysia sebagai rangkaian makanan sihat yang terbaik kerana pada masa yang sama dapat menerapkan amalan pemakanan sihat.

“Saya nampak sahaja macam berisi tapi saya setiap pagi pasti akan jogging dan melakukan senaman ringkas selain mengamalkan pengambilan makanan sihat supaya dapat terus berkerja dan menjaga ibu saya,” kata Chef Wan.

SaladStop! telah ditubuhkan pada tahun 2009 di Singapura dan mempunyai lebih daripada 60 cawangan di seluruh dunia antaranya di Indonesia, Singapura, Jepun, Filipina, Sepanyol, Hong Kong dan Vietnam.

Dan bagi cawangan kedua di Malaysia di Nu Sentral ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 9.30 malam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]