Mahkamah diberitahu SPRM gagal dapat minit asal mesyuarat SRC 2013

SPRM menyerbu pejabat SRC International dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Najib Razak hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mengesan minit asal mensyuarat SRC INternational Sdn Bhd bagi tahun 2013.

Pegawai penyiasat Rosli Husain berkata, mereka hanya berjaya memperoleh salinan minit tersebut daripada pengerusi SRC International Ismee Ismail tahun lepas.

“Kita gagal memperoleh minit asal daripada Terence Geh kerana beliau lari meninggalkan negara ini,” kata saksi pendakwaan ke-57 itu.

Terdahulu mahkamah diberitahu bahawa Geh, yang merupakan pengarah kewangan 1MDB, terlibat mengambil minit untuk SRC International.

Rosli berkata, beliau menghubungi Chee Soo Wern, yang merupakan setiausaha SRC International pada masa itu, tetapi diberitahu beliau tidak lagi memegang jawatan itu.

“Akibatnya saya gagal memperoleh salinan asal minit 3 mesyuarat yang diadakan pada 2013,” katanya ketika diperiksa oleh timbalan pendakwa raya Ishak Nohd Yusoff.

Dalam testimoninya, Ismee berkata, ketua pegawai eksekutif SRC International Ariff Kamil memperdayakan lembaga pengarah supaya mempercayai bahawa akaun syarikat pada 2013 telah diaudit walaupun laporan media mendedahkan sebaliknya.

Rosli berkata, beliau mendapat salinan minit berkenaan daripada Ismee apabila beliau datang ke SPRM pada petang 18 Julai 2018, untuk dirakamkan kenyataannya.

“Saya beritahunya bahawa saya tidak mempunyai minit bagi tahun 2013. Ismee memberitahu saya bahawa beliau mempunyai satu set salinannya di dalam kereta beliau,” katanya.

Bagaimanapun salinan yang diserahkan oleh Ismee kepadanya tidak mengandungi tanda tangan orang yang disahkan, tambah beliau.

Rosli juga memberitahu mahkamah bahawa 5 calon saksi pendakwaan minggal dunia semasa proses penyiasatan berjalan, iaitu Aziin Alias, Noriah Ahmad, Zainal Abidin Osman, Ahmad Norhisham Hassan dan Izzat Isairi.

“Saya telah mendapatkan sijil mati untuk mengesahkan mereka meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, ini menunjukkan pihak pendakwaan tidak menyembunyikan keterangan bagi menghalang pihak pembelaan daripada membuat kesimpulan salah.

Rosli berkata, siasatan ke atas SRC International dimulakan tidak lama selepas rakan beliau V Premraj membuat laporan polis pada Julai 1987.

“Kami mengelaskan kes SRC International di bawah Akta SPRM, Kanun Kesiksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram,” katanya.

Katanya, pegawai SPRM menyerbu pejabat SRC International dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd

Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang haram dan dan pecah amanah jenayah dalam pemindahan RM42 juta ke akaun miliknya dari SRC International, sebuah bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk memberikan jaminan ke atas pinjaman kepada SRC berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 hingga 10 Feb 2015.

Perbicaraan di hadapan Nazlan Mohd Ghazali bersambung.