Manjakan diri pada masa sama rawatan buat wanita

Bayu Spa menjanjikan kelainan dalam rawatan yang disediakan.

Semua wanita sentiasa mementingkan kecantikan dan mendambakan rawatan penjagaan diri.

Percaya atau tidak kecantikan boleh diserlahkan melalui penjagaan diri yang rapi bukan saja melalui rawatan wajah dan badan secara moden, tetapi mengikut setiap kaedah penjagaan yang diamalkan nenek moyang terdahulu juga sering mendapat perhatian.

Mungkin masih ramai yang memilih untuk melakukannya secara tradisional kerana yakin kaedah penjagaan diri cara ini seperti bertangas, berurut dan mandi bunga mempunyai kelebihannya tersendiri.

Namun, ada juga yang kurang percaya dan beranggapan ia kaedah kolot.

Antara bahan yang digunakan untuk skrub badan termasuklah serbuk berasaskan koko.

Malah apabila melakukan rawatan di spa secara tidak langsung ia membantu meringankan badan, memulihkan perjalanan darah, melancarkan haid, menaikkan seri dan menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Atas kesedaran dan permintaan wanita masa kini yang mahu meneruskan kaedah penjagaan diri secara tradisional yang diselarikan dengan rawatan moden, Bayu Spa yang terletak di Shah Alam ini tempat yang seharusnya dikunjungi kerana menyediakan pelbagai jenis rawatan tradisional dan moden dari hujung kaki rambut hingga hujung kaki.

Menggunakan konsep “masuk rumah” spa ini menjanjikan kelainan untuk pengunjung yang bermula daripada kaki hinggalah ke rawatan mandi.

Terdapat pelbagai rawatan yang ditawarkan dari “top-to-toe” seperti urutan badan, skrub, rawatan muka, bertangas, mandi herba dan mandi bunga.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke Bayu Spa, pasti sesiapa sahaja akan terpesona dengan dekorasi dan penataan cahaya sesuai dengan konsep Bali yang diketengahkannya.

Dengan 4 bilik rawatan yang disediakan, semuanya bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang.

Kelebihan yang disediakan di Bayu Spa apabila menyediakan bilik rawatan yang lengkap bermakna tidak perlu bergerak bilik ke bilik, hanya berada didalam satu bilik rawatan sahaja, anda boleh mendapatkan semua rawatan yang diinginkan termasuklah mandi, urut dan bertangas.

Pemilik Bayu Spa Norzila Hussin

Bagi mereka yang sudah berkahwin menurut Pemilik Bayu Spa Norzila Hussin, 53 aktiviti bertanggas sangat sesuai dilakukan.

Namun katanya, beliau juga menggalakkan mereka yang belum berkahwin melakukannya supaya sentiasa menjaga dan memelihara bahagian intim tersebut.

Rawatan bertangas sesuai dilakukan oleh mereka yang berkawhin namun bagi yang belum berkahwin juga digalakkan buat sebagai langkah menjaga bahagian intim.

“Bayu Spa yang berkonsepkan Bali ini sememangnya dikhususkan untuk wanita, dengan adanya 2 staf pada satu-satu masa dapat memberi perkhidmatan kepada 4 pelanggan serentak.

“Malah ada masanya saya sendiri yang akan menguruskan spa ini demi memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang,” katanya kepada FMT.

Dengan bermodalkan RM100,000 Norzila telah menguruskan Bayu Spa hampir 6 tahun ini, sering mendapat permintaan bagi mereka yang hendak menempuh gerbang perkahwinan.

Ini kerana rawatan yang disediakan lengkap bagi bakal pengantin dengan harga yang amat berpatutan bermula RM250 untuk rawatan 2 jam 30 minit.

Bayu Spa juga katanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam setiap proses rawatannya seperti serai wangi, daun pandan, daun halia, daun kunyit, jambu batu, sireh, limau purut serta manjakani.

Dan bahan-bahan yang digunakan inilah menarik pelanggan untuk datang semula melakukan rawatan yang sesuai dengan diri mereka.

Mandi bunga sesuai untuk menyegatkan kembali badan dan pada masa sama merehatkan minda.

Dengan menggunakan konsep “masuk rumah” spa ini menjanjikan kelainan untuk pengunjung yang bermula daripada kaki hinggalah ke rawatan mandi yang disedaikan seperti mandi susu, mandi citrus, mandi bunga dan mandi herba.

Bayu Spa menggunakan konsep Bali mempunyai 4 bilik rawatan.

Bayu Spa yang terletak di Hotel Grand Bluewave Shah Alam menawarkan harga sangat berpatutan sama ada dalam bentuk pakej atau “Ala-Carte”.

Pelanggan hanya perlu memilih rawatan yang mereka perlukan dan inginkan.

Harga pakej adalah dari serendah RM88 sehingga ke RM300.

Bagi mereka yang ingin mencuba boleh berkunjung ke alamat:

Bayu Spa
Level 4, Grand Bluewave Hotel
Section 14, Shah Alam
Waktu operasi: 9.30 pagi – 7 petang

Anda mungkin pembaca bertuah dengan memenangi baucar rawatan scrub dan mandi susu di Bayu Spa.

Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem

atau di laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan.

Ini yang perlu ada lakukan “Like-Tag3kawan-shareposting-Jawab”

  1. Siapa yang sesuai untuk melakukan rawatan bertangas?
  2. Berapa bilik yang disediakan Bayu Spa?
  3. Dengan menggunakan konsep “masuk rumah” spa ini menawarkan……

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]