Jangan simpan daging dalam plastik hitam!

Jika anda peka dengan keadaan sekeliling, anda pasti tahu ramai orang akan menggunakan plastik hitam sebagai alas untuk memproses daging korban yang dilapah.

Malah ada juga yang menggunakan plastik hitam tersebut untuk membungkus daging tersebut untuk diagihkan kepada orang ramai.

Namun adakah anda tahu yang ia memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan jika menggunakan plastik hitam membungkus makanan tersebut.

Sebab itu jugalah beberapa negara luar seperti Kanada mengharamkan penggunaan plastik hitam.

Seorang doktor, Dr. Rosli Abdul Jalil berkongsi penulisannya dalam media sosial Facebook menjelaskan akan bahayanya membungkus daging menggunakan plastik hitam.

Katanya, kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia bromine dan plumbum.

Bromine adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, terbantutnya perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan plumbum pula penyebab kanser.

Atas faktor di atas juga, negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam untuk membungkus makanan termasuk daging korban.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]