Waze kongsi ramalan dan tips rancang pemanduan raya haji

Perancangan pemanduan dengan baik adalah perlu bagi menjamin keselesaan anda untuk pulang beraya ke kampung dengan selamat.

Oleh itu, Waze berkongsi ramalan trafik untuk membantu anda supaya tidak tersekat dalam kesesakan lalu lintas dalam masa yang lama.

Ramalan 1 : Terdapat lebih ramai pengguna menggunakan jalan raya berdasarkan data tahun 2018.

Waze meramalkan bahawa pengguna jalan raya pada musim perayaan ini akan meningkat sebanyak 39% berbanding hari-hari biasa.

Oleh itu, bersedia untuk mengharungi trafik yang sesak!

Ramalan 2 : Lebih ramai pengguna mengisi minyak dengan lebih kerap

Ini bermakna lebih banyak perjalanan dan perhentian di stesen minyak bagi mereka yang pulang jauh.

Waze meramalkan akan berlaku peningkatan navigasi ke stesen minyak, dijangka sebanyak 38% berbanding hari-hari biasa.

Ramalan 3 : Lebih ramai membeli-belah

Waze juga meramalkan terdapat peningkatan mendadak sebanyak 95% bagi navigasi berkaitan makanan kebanyakannya melibatkan restoran makanan segera.

Pada masa sama, Waze turut meramalkan akan berlaku peningkatan sebanyak 25% untuk navigasi ke pusat membeli belah dalam tempoh yang sama.

Namun anda perlu bijak dalam merancang perjalanan, berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memandu dengan selamat dan berhemat pada musim perayaan ini:

Tips 1- Gunakan Waze sepanjang pemanduan

Waze membantu pemandu untuk mendapatkan maklumat trafik dalam masa sebenar. Justeru, pengguna akan lebih mudah untuk merancang perjalanan dengan lebih tepat.

Tips 2- Pilih laluan anda

Gunakan Waze kerana ia sering memberikan informasi lalu-lintas yang cepat pada masa sebenar. Melaluinya, pengguna boleh memilih laluan terbaik termasuklah jalan tanpa tol.

Tips 3- Buka lagu dan meriahkan suasana dengan muzik kegemaran!

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melampau?

Meriahkan suasana dengan memainkan muzik ataupun poscast menerusi satu rakan kongsi audio Waze, seperti, Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]