Jika tidak balik kampung ini tempat boleh melancong

Jika anda tiada idea untuk melancong sempena raya haji ini, terdapat beberapa lokasi yang anda boleh kunjungi untuk memenuhi waktu cuti sekolah kali ini.

Pastinya tidak menggunakan bajet yang besar, tetapi berbaloi untuk anda dan sekeluarga untuk meluangkan masa bersama.

1. Melaka

Tidak jauh dari Lembah Klang dan Selangor, malah jika anda dari Negeri Sembilan juga turut boleh melancng ke Melaka.

Salah 1 tempat menarik untuk dituju dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

Antaranya, pantai Klebang yang menjadi perhatian pengunjung, begitu juga river cruise di Bandar Melaka anda boleh naikinya bila-bila masa, namun disarankan pada waktu malam pemandangan akan menjadi lebih cantik!

Anda juga boleh mengunjungi Jonker Walk pada hari minggu, terdapat barang unik yang anda boleh perolehi di situ.

Bagi mereka yang suka membeli belah, terdapat pusat membeli belah seperti di Pavilion Bukit Bintang, rasai kelainannya di Melaka!

2. Pulau Pinang

Pulau Pinang 1 negeri yang kaya dengan makanan yang pastinya terkenal dengan pasembor dan nasi kandar, terletak di Georgetown.

Selain itu, pencinta jeruk boleh dapatkan pelbagai aneka jeruk di Jeruk Madu Pak Ali, usah bimbang kerana terdapat banyak kedai jeruk ini yang anda boleh dapati di Pulau Pinang.

Anda boleh berjalan di Penang Art Street untuk mengambil gambar yang cantik, rasai keindahan di Bukit Bendera serta aktiviti lasak di Skytrex Pulau Pinang!

3. Langkawi

Pulau Langkawi pastinya destinasi menarik yang boleh dituju pelancong dalam dan luar negara.

Di sini, anda boleh mencuba parasailing ddan melihat keindahannya di Tanjung Rhu.

Untuk anda ber’drama’ seperti zaman dulu, anda boleh menaiki basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil melayan bunyi kapal terbang yang kuat dari lapangan terbang.

Penuhi juga hari anda di Langkawi dengan merasai kelazatan makanan di Laman Padi, menarik bukan?

4. Ipoh

1 lagi kawasan menarik yang boleh anda kunjungi adalah Ipoh, terkenal dengan makanan dan keaslian kawasan tersebut sejak zaman dulu lagi.

Apa yang anda boleh rasai di sini ialah Taman tema Lost World of Tambun, terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park.

Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill.

Di samping itu, anda boleh melawat Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rakun, ular, zirafah, harimau.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti berakit, merentas hutan, meneroka gua, mendaki gunung.

Anda juga boleh mengunjungi Art of Old Town, sebuah destinasi yang dihiasi dengan ilustrasi kreatif pada dinding-dinding bangunan.

Ilustrasi ini telah dihasilkan Ernest Zacharevic, seorang seniman yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan-lukisan mural yang beliau hasilkan di sini.

5. Johor Bahru

Anda tidak akan salah jika membuat keputusan untuk melancong ke Johor kerana negeri ini sepatutnya berada dalam senarai tempat yang anda perlu tujui.

Pantai Desaru, Kota Tinggi tidak asing di kalangan pelancong, terkenal dengan pasir yang putih, di samping pemandangan menghadap Laut China Selatan.

Terdapat pelbagai kemudahan resort di sepanjang pantai, Desaru merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti. Berbagai-bagai aktiviti menarik boleh didapati seperti snorkeling, jet ski, dan parasailing.

Pulau Rawa pula, sebuah pulau kecil yang juga kian dikunjungi ramai pelancong ini terkenal kerana saiz pulaunya yang kecil membolehkan para pengunjung bersiar-siar mengelilingi Pulau Rawa dalam masa yang singkat.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti menyelam dan luncur angin. Untuk kelainan, anda boleh mendaki bukit yang terdapat di pulau ini untuk melihat panorama cantik di sekelilingnya.

Buatlah pilihan dengan baik!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]