Pendapatan sampingan RM3,000: Apa cara anda boleh lakukan?

Kehidupan kini yang semakin mencabar dari segi kedudukan ekonomi membuatkan ramai yang berfikir untuk mencari pendapatan lebihan dengan membuat pekerjaan sampingan.

Sudah memadai jika mampu memperoleh RM500 ke RM1,000 lebihan perbelanjaan dari pendapatan sebenar.

Dan sudah tentu ia sangat membantu, apatah lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Mencari jalan mudah, ramai yang membawa motosikal menghantar makanan menggunakan applikasi GrabFood.

Media sebelum ini melaporkan pekerja aplikasi tempahan makanan GrabFood, Muazril Shamsudin mampu mendapat sekitar RM3,000 sebulan atau RM500 hingga RM600 seminggu sejak 2 tahun lalu.

Katanya, hasil pendapatan inilah dia mampu untuk berkahwin baru-baru ini.

“Setiap hari, saya keluar seawal 8.30 pagi dan pulang pada jam 9 malam. 15 trip perjalanan boleh dapat upah antara RM130-RM150 bergantung kepada jarak dan waktu,” katanya.

Seorang lagi penghantar makanan iaitu Mohd Ilham Mulyadi berkata, dia melakukan pekerjaan itu sepenuh masa sekiranya tiada tugasan daripada majikan syarikatnya.

“Purata 12 jam kerja sehari selama lima hari seminggu saya boleh dapat RM700-RM2,600 sebulan dan agak lumayan kerana hanya bekerja sekitar 20 atau 21 hari,” katanya.

Dengan ini juga, ia memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tempahan makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan dari bermacam-macam kedai yang anda suka.

Jadi, buatlah pilihan yang lebih bijak!

Sumber : ohmymedia

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]