5 sebab kenapa payudara anda terasa gatal

Disaat anda berada di luar kawasan rumah dan pada masa itulah tiba-tiba payudara anda berasa gatal.

Sudah tentu anda malu hendak garu di depan khalayak ramai.

Tetapi apa punca payudara anda gatal?

Anda perlu ambil tahu kerana payudara bukan gatal dengan sendiri.

Ia pasti berkait rapat dengan masalah kulit ataupun perubahan hormon.

Berikut antara beberapa sebab mengapa payudara anda gatal.

1. Alahan terhadap sabun atau pencuci

Apabila anda mempunyai masalah kulit sensitif, payudara boleh menjadi gatal akibat bahan kimia dari sabun atau pencuci tersebut.

Ramai yang mengalami ruam sehingga menyebabkan kegatalan kerana terdedah pada sabun atau pencuci secara berlebihan.

Jika kulit anda terasa gatal akibat sabun dan pencuci, anda dinasihatkan untuk menukar kepada sabun tanpa kimia atau sabun yang sesuai dengan anda.

2. Ekzema dan kulit kering

Ekzema merupakan penyakit kulit yang mengakibatkan kegatalan, sakit, bengkak dan kemerahan.

Selain ekzema, penyakit kulit seperti Psoriasis juga akan menyebabkan ketumbuhan plak berwarna merah atau putih di kulit serta pembekakan di seluruh payudara dan rasa gatal.

Sehubungan itu anda disarankan untuk mandi dengan air sejuk atau air suam untuk mengurangkan rasa gatal.

3. Tidak mandi selepas bersukan

Memakai bra dari bahan yang tidak menyerap peluh biasanya akan menyebabkan kegatalan, lebih-lebih lagi jika selepas bersukan.

Peluh mengandungi garam yang juga penyebab kegatalan.

Anda disarankan untuk mengganti bra selepas bersukan dan pilih bra serap peluh.

4. Hamil

Kehamilan menyebabkan terjadinya perubahan hormon pada ibu.

Pada masa kehamilan, payudara akan mengalami perubahan besar kerana kelenjar payudara mula menghasilkan susu.

Kulit yang merenggang di sekitar payudara akan terasa gatal.

Untuk mengurangkan kegatalan, anda boleh sapu losyen atau krim anti alahan pada payudara selepas mandi.

Biasanya payudara gatal semasa akan hamil akan hilang selepas bersalin dan menyusu.

5. Datang bulan/haid

Payudara akan menjadi lebih sensitif apabila disentuh semasa datang bulan.

Payudara juga mudah merasa gatal kerana perubahan hormon yang kita alami semasa datang bulan.

Ketika perubahan hormon terjadi, payudara mengalami pembedaran dan kulit renggang menyebabkan kegatalan.

Menjaga kebersihan payudara dengan mandi setia hari dan buka bra sebelum tidur boleh mencegah payudara gatal.

Jika payudara anda gatal disertai rasa sakit dan bengkak, anda harus segera berjumpa pakar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]