Genius… 7 benda syampu bayi mampu lakukan anda perlu tahu

Pernah terfikir mencuci muka dengan syampu bayi? Atau cuci kereta? Tidak bukan…

Tapi tahukah syampu bayi boleh memudahkan banyak perkara walaupun kandungan dan teksturnya yang ringan, serta tidak memudaratkan.

1. Cuci muka

Sekiranya ia cukup lembut untuk kulit bayi anda, maka ia menjadi alasan yang cukup baik untuk anda gunakan pada muka juga.

Ini juga adalah rahsia model Heidi Klum yang menggunakan syampu bayi sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan.

2. Rawat mata merah, gatal-gatal

Mata merah, kelopak mata terasa gatal-gatal?

Itu adalah jangkitan mata biasa yang disebabkan oleh bakteria.

Sama sseprti jangkitan sinus, jangkitan mata boleh bertindak balas dengan baik dengan sedikit syampu bayi.

Cukup tekapkan ke mata dengan tuala yang sudah dibasahkan dengan campuran syampu bayi bersama air.

3. Rambut berwarna

Bagaimana mungkin sesuatu yang lembut digunakan pada mata dan hidung, bahkan cukup kuat untuk membuang warna pada rambut?

Caranya hanya tambah sedikit baking soda ke dalam sedikit syampu bayi, dan gosok pada warna rambut.

Ia mungkin mengambil masa untuk hilang tetapi percayalah memang menjadi.

4. Barangan kemas

Nak kilat dan bersihkan berlian, permata, mutiara, emas?

Hanya campurkan satu drop syampu bayi dan air.

Guna berus gigi lembut atau putik kapas dan bersihkan barangan kemas anda dengan penuh berhati-hati.

Kemudian bilas dengan air sejuk dan air biasa dengan teliti.

5. Cuci dapur

Produk mandian bayi dirumuskan untuk membersihkan kulit bayi.

Ini bermakna ia juga baik untuk membersihkan dapur anda.

Oleh kerana dapur anda lebih tahan lama daripada kulit bayi anda, cuba mencampurkan serbuk penaik untuk pembersihan tambahan.

6. Berus mekap

Berus mekap sememangnya mahal, jadi anda harus menjaganya dengan berhati-hati.

Untuk itu, anda boleh membasuh setiap berus dalam campuran syampu bayi dan air.

7. Cuci kereta

Hanya campurkan dua penutup botol syampu bayi dalam baldi berisi air.

Ia akan kelihatan berkilat dan serba baru, lagi satu kereta anda akan bau seharum bayi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]