6 alatan harian ‘dibenci’ orang kidal, Selamat Hari Kidal Sedunia!

Jika anda sedar, setiap kali seseorang bagi tahu yang dia kidal, pasti reaksi orang yang mendengarnya akan berasa kagum.

Ini kerana orang kidal tidak ramai.

Jadi normal orang akan anggap ia sesuatu yang istimewa dan unik.

Tapi sebenarnya orang kidal ni terpaksa lalui kesukarannya tersendiri untuk membiasakan diri dengan peralatan harian yang dibuat untuk pengguna tangan kanan yang lebih dominan.

Nampak remeh tapi jika difikirkan balik boleh stres juga dibuatnya, lebih-lebih lagi masa sekolah dulu.

Sempena Hari Kidal Sedunia atau “International Left Handers Day” 13 Ogos setiap tahun, disini disenaraikan antara peralatan harian yang agak sukar digunakan oleh mereka yang kidal dan mungkin kebanyakan orang bertangan kanan takkan faham!

1. Kerusi dewan kuliah

Memang fobia betul kalau dapat kerusi macam ni dekat dewan kuliah atau mana-mana event.

Bayangkanlah macam mana nak menulis kalau mejanya ada dekat sebelah kanan je. Lenguh tau bila tangan kiri terpaksa “diapungkan” je bila menulis.

Belakang badan pun jadi sengal dan lenguh serta rasa tak selesa semua ada bila balik daripada kuliah.

2. Pembuka tin

Kadang-kadang ambil masa yang agak lama nak buka tin makanan dengan menggunakan pembuka tin.

Namun sekarang kebanyakan pengeluar makanan sudah buat tin yang boleh ditarik macam air minuman tu.

Tak payah nak terpintal tangan semata nak buka tin!

3. Pembaris / pita ukur

Pembaris kalau guna macam biasa ok tapi masalahnya bila nak guna ukuran dekat bahagian atas.

Boleh bersilang tangan jugaklah dibuatnya. Sama juga macam bila nak guna pita ukur.

Kena julur kepala sikit nak tengok ukuran sebab tertindih dengan tangan kiri yang memegangnya tu.

4. Kerongsang

Bagi perempuan pula, cabaran nak pasang kerongsang bila yang dibeli ada design diatasnya.

Contohnya jenis kerongsang yang ada huruf atau tulisan atau corak tertentu macam rama-rama.

5. Pen “bertali” dekat bank / pejabat

Pen “bertali” ini juga salah satu punca stres bagi golongan kidal.

Bila hendak guna, susah nak adjust kertas sebab talinya pendek sangat.

Jadi ruangannya pun terhad untuk membolehkan kita menulis guna tangan sebelah kiri.

Lebih baik bawa pen sendiri kalau pergi tempat awam macam ini. Leceh!

6. Mouse komputer

Masa guna komputer awam dekat lab atau cyber cafe, kena adjust sikit sebab biasanya mouse ini akan diletak sebelah kanan.

Kalau tak biasa, masa click akan jadi left click.

Paling leceh bila nak click and drag kot.

Tapi bila dah selalu, ok je.

Sebab kebanyakan orang kidal boleh berevolusi dan ramai juga yang akan pakai mouse dengan tangan kanan.

Jadi, inilah antara barang harian yang perlu diadaptasi oleh orang kidal sebab ia secara umumnya dibuat untuk pengguna tangan kanan.

Mungkin bagi orang tangan kanan mereka tak pernah perasan semua ini tapi jika difikirkan semula, mungkin cabaran inilah yang menjadikan orang kidal lebih kreatif.

Yelah, sebab mereka kena fikir extra hard untuk dapatkan solusi menggunakan alatan-alatan harian macam contoh di atas ini.

Selamat Hari Kidal Sedunia!

Sumber Siraplimau.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]