‘BoboiBoy 2’ pecah rekod raih kutipan RM9.9 juta hari ke-5 tayangan

Filem terbaru siri animasi tempatan kegemaran ramai, BoboiBoy 2 yang sudah ditayangkan secara rasmi pada 8 Ogos lalu menyaksikan kutipannya amat memberansangkan.

Pihak Animonsta Studios mengumumkan bahawa BoboiBoy 2 telah meraih kutipan RM9.9 juta pada hari ke-5 tayangannya dengan 763,000 jumlah penonton!

Kutipan ini menjadikan BoBoiBoy 2 filem animasi tempatan yang sudah setanding dengan animasi dari luar negara.

Pada hari pertama tayangannya sahaja BoBoiBoy 2 berjaya mendapat kutipan paling tinggi iaitu RM1.18 juta.

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem kesinambungan selepas musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy yang ditayangkan di pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam mulai 8 Ogos.

Ini merupakan filem kedua yang dihasilkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie.

BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu dan diserang oleh seorang musuh purba bernama Retak’ka yang ingin merampas kuasa BoBoiBoy untuk tujuan jahat.

Retak’ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoBoiBoy.

Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi.

BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Pencipta animasi BoBoiBoy, Nizam Razak sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, Nizam telah berkongsikan review awal daripada peminat setia BoboiBoy 2 dan semua sangat puas hati dan teruja dengan filem kedua ini.

Cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk bawa anak dan keluarga menonton filem BoBoiBoy 2 ini.

Jom ke pawagam berdekatan anda untuk beri sepenuh sokongan kepada satu lagi karya hebat buatan Malaysia ini.

Jika anda bertuah anda juga akan diberikan poster serta sticker Boboiboy 2 ini secara percuma selepas membeli tiket wayang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]