3 langkah bijak elak shopping online sampai akaun kering!

Pembelian secara online sememangnya menjadi trend masa kini.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah terdapat pelbagai pilihan tanpa perlu pergi ke premis jualan.

Tapi hati-hati ini kerana shopping secara online juga ada keburukannya yang boleh menjerumus kepada tabiat boros tanpa disedari kerana terlalu asyik membeli walaupun ada antara barang tersebut bukanlah keperluan.

Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu menjadi seorang yang bijak dan ini 3 langkah yang boleh menyelamatkan wang anda!

1. Manfaatkan flash sale

Waktu yang paling sesuai untuk membuat pembelian dalam talian adalah ketika adanya flash sale atau jualan kilat yang biasanya sering dilakukan oleh kebanyakan peniaga online.

Biasanya mereka akan memaparkan iklan di muka depan laman web dan harga yang ditawarkan lebih rendah dari biasa.

Pembelian flash sale ini boleh menjimatkan wang anda.

2. Buru promo

Ramai daripada kita sering terlupa menggunakan promo yang diberikan malah tiada inisiatif untuk “menjejak” promo yang diletakkan dalam laman web ketika membuat pembelian.

Sedangkan sebenarnya penggunaan kod promo sangat menguntungkan malah silap-silap barang yang dibeli hanya berharga RM2!

Jadi semasa buat pembelian jangan lupa jeling-jeling sekali kod promo atau baucar yang disediakan.

3. Cashback

Cashback adalah sistem pemotongan harga dalam bentuk deposit yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya.

Selain flash sale dan kod promo, penjimatan juga boleh dimanfaatkan menerusi cashback yang menguntungkan.

Sumber Tempo.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]