Impian jadi kenyataan, lelaki di India ubah kereta jadi helikopter

Seorang pemuda berusia 24 tahun dari Chhapra, Bihar, India menjadi tular di media sosial apabila dia berjaya mencipta sebuah kereta helikopter.

Dikenali sebagai Mithilesh Prasad, dia sememangnya mempunyai minat untuk mencipta helikopter sejak sekian lama.

Dia baru-baru ini mengubah sebuah kereta Tata Naro menjadi sebuah helikopter.

Biarpun tidak berupaya untuk melakukan penerbangan, ia kelihatan persis sebuah helikopter sebenar.

Pemuda itu mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk membina kenderaan berkenaan.

“Ianya impian saya sejak kecil untuk membuat helikopter sendiri. Tapi saya tak ada latar belakang pendidikan yang kuat, jadi saya ubah kereta saya jadi helikopter,” ujar pemuda itu.

Sumber India Today

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]