Jintan manis dan fungsinya yang bukan sekadar rempah dapur

Nama jintan seperti jintan manis bukanlah satu bahan yang asing dalam dapur-dapur rakyat Malaysia.

Selain jintan manis, jintan putih dan ketumbar juga merupakan antara rempah yang sering disesuaikan secara bersama dengan penggunaan jintan manis untuk masakan.

Ia sangat popular dalam penggunaan hidangan seperti kari dan sup.

Jintan manis merupakan salah satu tumbuhan ubat yang masih banyak digunakan, yang dicadangkan untuk penggunaan rawatan penyakit-penyakit seperti kolik dan konjunktivitis.

Kebaikan jintan ini boleh diperoleh sama ada daripada aspek perubatan mahupun kulinari.

Jintan ini telah digunakan dalam pelbagai masakan, daripada masakan India hinggalah ke masakan Itali, dan kesemua bahagian tumbuhan digunakan, termasuklah daun, biji, dan bebawangnya.

Apakah jintan manis?

Nama saintifik bagi jintan manis adalah Foeniculum vulgare var. Dulce.

Jintan manis adalah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga parsli (Umbelliferae); keluarga besar tumbuhan herba dan rempah yang juga termasuklah beberapa tanaman lain seperti jintan hitam, bunga lawang dan jintan putih.

Jintan manis berasal dari Eropah Selatan dan tumbuh secara meluas di seluruh Eropah, Timur Tengah, China, India, dan Turki. Tumbuhan herba ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter (kira-kira 6 kaki) dengan daun hijau yang berbulu (daun berbunga) selain memiliki bunga berwarna kuning keemasan.

Secara umumnya, biji jintan ini dituai apabila kepala benih mereka berubah menjadi coklat terang.

Biji jintan ini mempunyai bentuk yang membujur atau melengkung (berbentuk seperti koma), dengan kepanjangan kira-kira 3-4 milimeter, berwarna coklat terang dengan kehadiran jalur menegak halus di permukaannya.

Jintan ini dituai pada waktu awal pagi untuk mengelakkan kehilangan bijinya di ladang.

Sepertimana pemprosesan jintan hitam, batangnya disusun sehingga kering dan kemudiannya dipisahkan daripada pokoknya dan seterusnya diproses sebelum dijual ke pasaran.

Fakta nutrisi jintan manis

Menurut Pangkalan Data Nutrien Nasional USDA untuk Rujukan Standard, bahagian bebawang pokok jintan adalah sumber tenaga, vitamin C, serat makanan, kalium dan mineral penting lain seperti kalsium, fosforus, dan natrium.

Ia turut menyediakan sejumlah kecil zat besi, magnesium, zink, niacin, dan vitamin K.

Ia juga mengandungi vitamin B, beta karoten, vitamin A dan flavonols.

Kedua-dua bebawang pokok jintan dan biji jintan adalah rendah kalori tetapi memberikan banyak nutrien penting.

Bahagian bebawang pokok jintan tinggi dengan kandungan vitamin C, yang merupakan vitamin larut air yang penting untuk kesihatan imun, pembaikan tisu, dan sintesis kolagen.

Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh anda, melindungi daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh molekul yang tidak stabil yang dipanggil radikal bebas.

Kedua-dua bebawang jintan dan biji jintan kaya dengan mangan mineral, yang penting untuk pengaktifan enzim, metabolisme, perlindungan sel, perkembangan tulang, pengawalan gula darah, dan penyembuhan luka.

Selain daripada mangan, bebawang dan biji jintan mengandungi mineral lain yang penting untuk kesihatan tulang, termasuklah kalium, magnesium, dan kalsium.

Manfaat kesihatan jintan manis

Sumber yang kaya dengan vitamin C

Satu cawan bahagian bebawang pokok jintan manis mengandungi hampir 20 peratus daripada keperluan harian vitamin C, menjadikannya sumber yang kaya dengan vitamin yang bermanfaat dalam diet kita.

Vitamin C memperbaiki kesihatan sistem imun umum, menghasilkan dan memperbaiki tisu kulit, membantu membentuk kolagen, dan melindungi dinding saluran darah sebagai antioksidan terhadap kesan berbahaya radikal bebas yang seringkali boleh membawa kepada penyakit jantung.

Mengelakkan anemia

Kedua-dua kandungan zat besi dan histidine yang merupakan asid amino yang terdapat dalam jintan manis, membantu dalam rawatan anemia.

Zat besi berfungsi sebagai penyusun utama hemoglobin manakala histidin pula merangsang penghasilan hemoglobin dan juga membantu dalam pembentukan berbagai komponen darah yang lain.

Melegakan pencernaan

Ia adalah amalan yang biasa dilakukan terutamanya di benua India untuk mengunyah biji jintan manis selepas makan.

Ini telah dilakukan selama bertahun-tahun kerana ia dianggap memudahkan pencernaan dan menghilangkan nafas yang berbau.

Sesetengah komponen dalam minyak pati jintan manis bertindak sebagai perangsang kerana ia menggalakkan rembesan pencernaan dan jus gastrik, mengurangkan keradangan di dalam perut dan usus, dan memudahkan penyerapan nutrien yang betul daripada makanan.

Tambahan pula, ia boleh menghilangkan sembelit dan melindungi tubuh daripada pelbagai masalah usus yang dapat dilancarkan daripada disekat.

Mengurangkan kembung perut

Jintan manis sangat popular sebagai antiflatulen (kembung perut), kerana sifat carminatif asid aspartik yang terdapat di dalamnya.

Ekstraknya boleh digunakan oleh kebanyakan individu, daripada bayi hinggalah warga emas, sebagai cara untuk mengurangkan kembung perut dan untuk mengeluarkan gas yang berlebihan daripada perut.

Ia biasanya digunakan dalam ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom dispepsia bukan ulser dan kembung perut dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Merawat sembelit

Biji jintan manis, terutamanya jika ia telah dijadikan dalam bentuk serbuk, dianggap bertindak sebagai julap, terutamanya dalam perubatan Ayurveda.

Roughage yang terdapat dia dalam jintan ini membantu membersihkan usus, manakala kesan rangsangannya membantu mengekalkan gerakan peristaltik yang tepat pada usus, sehingga membantu mempromosikan perkumuhan.

Jintan manis juga biasa ditemui dalam ubat-ubatan yang merawat sakit perut, cirit-birit, irritable bowel syndrom (IBS), dan masalah usus lain.

Meningkatkan imuniti

Jintan manis yang kaya dengan banyak kandungan nutrien termasuk vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan dan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Mengawal haid

Jintan manis juga merupakan emmenagog, yang bermaksud ia dianggap memudahkan dan mengawal haid dengan cara mengawal tindakan hormon yang betul dalam tubuh.

Tambahan pula, jintan ini digunakan dalam beberapa produk pengguna untuk mengurangkan kesan PMS, dan ia juga digunakan secara tradisional sebagai pelega kesakitan yang menenangkan dan agen penenang untuk wanita menopaus.

Sekitar 10 – 20 peratus wanita yang mengalami kekejangan yang teruk dan ketidakselesaan semasa mereka mengalami haid, tidak mendapat bantuan melalui pendekatan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) ini.

Ramai wanita yang beralih kepada rawatan alternatif dan kajian yang dijalankan pada tahun 2012 mencadangkan agar jintan manis dapat membantu dalam hal ini.

Penyelidik menyatakan teori bahawa jintan manis membantu menjaga rahim daripada berkontraksi, yang menggalakkan kesakitan sepertimana yang dilaporkan oleh wanita yang mengalami dysmenorrhea.

Faedah minyak pati dan teh jintan manis

Kajian perubatan telah mengenal pasti kualiti sepertimana ubat yang khusus daripadapokok jintan ini, terutamanya minyak patinya yang boleh menggalakkan kesihatan.

Kajian mendapati bahawa faedah teh jintan yang dikaitkan dengan minyak pati jintan termasuklah:

  • Mengurangkan pembentukan darah beku
  • Meningkatkan pengeluaran susu dan menyokong sistem pembiakan wanita
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Mempunyai kesan antibakteria
  • Mempunyai aktiviti antikulat
  • Mempunyai sifat anti-radang
  • Anti-diabetes
  • Mengawal hama habuk

Kumpulan penyelidik mendapati bahawa biji jintan yang dikisar dan dilarutkan dalam larutan air berkesan melawan bakteria yang menyebabkan ketakcernaan, cirit-birit, dan disentri, serta beberapa jangkitan yang diperolehi di hospital.

Menurut satu kajian, jintan ini berkesan dalam melawan radikal bebas, yang menyebabkan pelbagai penyakit.

Hal ini mencadangkan agar ekstrak jintan boleh digunakan untuk membantu individu menangkis kesan pelbagai penyakit kronik dan keadaan kesihatan yang berbahaya, termasuklah kanser, pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan keradangan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]