Anak kucing hampir mati diselamatkan anggota bomba melalui CPR

Pantang maut sebelum ajal!

Inilah pepatah yang sesuai diberikan kepada seekor anak kucing yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba apabila ia diselamatkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat terperangkap dalam bumbung rumah.

Menerusi posting terbaru di laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat, menunjukkan operasi menyelamat itu dilakukan oleh Pasukan A, BBP Sungai Petani, Kedah.

Menerusi video berdurasi dua minit 50 saat telah mendapat lebih 200 share serta 1,400 pelbagai reaksi daripada netizen.

Berdasarkan video itu selepas hampir satu minit anggota bomba PB Amirul memberi bantuan “CPR” kepada anak kucing tersebut, ia mula mengeluarkan bunyi.

Namun anggota bomba itu, terus melakukan “CPR” bagi memastikan keadaan anak kucing tersebut benar-benar stabil.

Selepas lebih seminit 30 saat, anak kucing itu kemudiannya diletakkan minyak dan dibalut dengan kain bagi memastikan ia tidak sejuk.

Posting itu mendapat lebih 130 pujian daripada netizen yang ternyata berpuas hati dengan usaha tanpa menyerah kalah yang dipamerkan oleh anggota bomba tersebut.

“Alhamdulillah….’Kejayaan besar buat anggota bomba apabila satu nyawa dapat diselamatkan’