Bagaimana cara elak kena tipu tayar baru atau lama?

Gambar rawpixel.com.

Banyak yang kita dengar, terdapat bengkel yang menjual tayar kitar semula atau menipu kerana mereka tahu tidak ramai orang yang tahu cara mengenalpasti cara membaca kod nombor yang dicetak pada tayar.

Selain itu, ada juga yang “mengukir” semula bunga tayar dan menjualnya dengan harga yang murah.

Apa yang jadi adalah tayar tersebut botak dan dijual semula kepada pengguna.

Terdapat maklumat yang mungkin anda boleh praktikkan supaya tidak ditipu penjual tayar sekaligus keselamatan penumpang lain terjamin.

Info tentang tayar kenderaan:

1. Kod tayar kenderaan

Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah:

S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap tayar mempunyai 4 angka tercatat di sisi tayar

Contohnya 0514..

Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh.

Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar dan berharap agar ia memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber: maskulin.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]