Hasilkan model replika Y15ZR beserta bengkel menggunakan kotak terpakai

Kanak-kanak dan gajet pada zaman kini memang tidak dapat dipisahkan.

Bermain dengan telefon pintar atau melayari YouTube sememangnya menjadi kegemaran semua kanak-kanak.

Namun berbeza bagi dua beradik ini apabila mereka mempunyai hobi yang berbeza.

Bermula dengan sekadar minat, hasil rekaan mereka mula mendapat perhatian netizen berdasarkan model replika yang dihasilkan menggunakan kotak.

Menurut ibunya di laman Facebook Norin Puteh, dua anaknya ini mula minat dengan menghasilkan model replika sejak daripada kecil lagi.

Bermula dengan menggunakan pita pelekat dan kotak, dua beradik ini mulai upgrade barangan yang digunakan kepada mounting board dan tong minyak pula.

Perkongsian mereka mula mendapat perhatian netizen apabila model yang dihasilkan tampak kemas dan hebat.

Pemilihan model Y15ZR yang sedang hangat ketika ini termasuk penciptaan bengkel tersendiri sekaligus membuatkan netizen kagum dengan kreativiti dua beradik ini.

Tidak hanya menghasilkan model replika motorsikal, dua beradik turut menghasilkan beberapa model lain merangkumi lori dan mesin padi.

Kemasan yang ditampilkan juga tidak kurang hebatnya berdasarkan barangan sedia ada.

Tidak hairanlah model yang dihasilkan hanya sekadar hobi ini turut mencuri perhatian ramai serta terdapat netizen yang berminat untuk mendapatkannya.

Siapa sangka bermula dengan sekadar hobi, kreativiti dua beradik ini berjaya dicungkil.

Netizen turut mendoakan dua beradik mampu menghasilkan penciptaan yang lebih hebat dan kemas pada masa akan datang memperlihatkan bakat yang ditampilkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]