Aktivis persoal kerajaan lanjut lesen Lynas

Putrajaya mengumumkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd dilanjutkan tetapi dipendekkan kepada 6 bulan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Aktivis alam sekitar meminta kerajaan menjelaskan apa yang akan dilakukan sekiranya Lynas Corp gagal memenuhi syarat yang ditetapkan selepas ia melanjutkan lesen syarikat itu untuk meneruskan operasi kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

“Bagaimana Lynas akan didenda?” soal presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil kepada FMT.

Semalam, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengumumkan lesen operasi Lynas dilanjutkan selama 6 bulan dengan syarat ia membina kemudahan “Cracking and Leaching” di luar negara dan mengenal pasti tapak pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF).

Shariffa Sabrina juga mempersoalkan bagaimana kerajaan akan memantau Lynas untuk memastikan pematuhan syarat itu dan apa yang akan berlaku kepada timbunan sisa radioaktif Water Leached Purification (WLP) yang kini disimpan di kemudahan simpanan sementara.

“Dan apa yang berlaku selepas 6 bulan berlalu?”

Beliau berkata desakan pihak kerajaan supaya Lynas memindahkan kemudahan simpanan WLP sebagai “penyelesaian apa-apa hujah bahawa bahan sisa yang dihasilkan tidak berbahaya” kepada manusia dan persekitaran semula jadi.

“Peka melihat perkembangan ini sebagai bukti tentang apa kumpulan pencinta alam sekitar dan penentang lain kepada Lynas menonjol. Lynas menjejaskan persekitaran kita dan harus menghentikan operasi di Malaysia.”

Beliau berkata Lynas, jika ia ikhlas untuk meredakan kebimbangan alam sekitar, tidak hanya akan mematuhi syarat tetapi akan “melangkaui langkah yang dinyatakan” untuk meletakkan kebimbangan sebagai keutamaan.

“Sayangnya, syarikat itu tetap tidak berganjak bahawa operasinya selamat dan tidak membahayakan alam sekitar dengan cara apapun.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan meningkatkan usaha untuk membawa isu alam sekitar ini lebih dekat dengan tidak mengeluarkan pembaharuan lesen selepas tempoh 6 bulan itu, dan menamatkan semua aktiviti oleh Lynas sebelum bencana alam sekitar berlaku.”

Sekiranya ada masalah dengan Lynas, katanya, ia akan menyebabkan bencana alam seperti pencemaran Sungai Kim Kim di Johor, baru-baru ini.

“Impak negatifnya akan menjadi lebih teruk dan lebih lama daripada apa-apa tragedi yang kita hadapi sebelum ini dan ia adalah sesuatu yang mesti dielakkan oleh rakyat Malaysia.

“Kita mesti mengambil pengajaran sebelum terlambat,” katanya.

Seorang lagi aktivis, Ketua Pegawai Eksekutif Ecotourism and Conservation Society, Andrew Sebastian, mengecam kerajaan kerana tidak menunaikan janji pilihan raya untuk menghentikan Lynas daripada beroperasi di Malaysia.

Beliau berkata ia kini terpulang kepada kumpulan sivik untuk mengambil tugas kerajaan.

Beliau mencadangkan NGO terlibat dengan tegas bagi mengenal pasti kemudahan pembuangan sisa Lynas dan berkata mereka dan ahli Parlimen anti-Lynas harus membantah supaya kerajaan bersetuju dengan langkah ini.

“Kita mesti memastikan tidak ada lagi konsesi kebebasan untuk bertindak yang diberikan kepada Lynas jika ia tidak dapat mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya.

“Kita tidak boleh mempercayai kerajaan hari ini lagi.”