Pantang larang semasa ‘Hungry Ghost’

Mesti anda pernah terlihat di kawasan kejiranan Cina, kanopi dipasang, bendera segi tiga dinaikkan serta bau kemenyan aromatik sepanjang jalan tersebut.

Terdapat juga bunyi bising kerana diadakan pentas panggung untuk dipersembahkan.

Apa semua ini?

Ia adalah bulan ketujuh dalam kalendar Cina, juga dikenali sebagai bulan hantu.

Sepanjang bulan ini, makhluk halus akan dibebaskan untuk melakukan apa sahaja di dunia.

Festival “Hungry Ghost” tahun ini jatuh pada 15 Ogos.

Jadi untuk meredakan roh yang melayang berterbangan, persembahan makanan akan dibentangkan serta kertas akan dibakar mengikut kepercayaan ia adalah duit yang diberikan kepada mereka di dunia lain.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina tradisional,terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti bagi mengelakkan kemarahan mereka:

1. Jangan sesekali menendang makanan yang dipersembahkan

Mungkin ada persembahan makanan yang diletakkan di tempat yang tidak teratur seperti bawah pokok, tetapi ia adalah cara untuk menghapuskan mereka.

“Kekasaran” anda itu akan membuatkan mereka tersinggung.

2. Elakkan membuka payung di rumah

Memang semua orang akan berlindung di bawah payung ketika cuaca hujan, namun hantu juga dikatakan akan berteduh di bawah payung yang terbuka tidak kira hujan atau panas.

Sebaiknya anda perlu menggantung payung sahaja tanpa dibuka.

3. Jangan sidai pakaian pada waktu malam

Bagi mereka yang mencuci pakaian pada waktu matahari terbenam, anda mungkin merasai sesuatu yang lain menyerupai pakaian anda.

Ini kerana akan ada sesuatu yang mirip dengan manusia dan menjadikan pakaian sebagai harapan mereka untuk mendapatkan semula bentuk sebagai manusia.

4. Jauhkan diri daripada air pada waktu malam

Orang Cina yang lebih tua pasti tidak membenarkan anda untuk berenang tengah malam.

Menurut kepercayaan tradisional, roh orang yang tenggelam akan bersembunyi di badan air untuk menenggelamkan sesiapa sahaja.

Ini kerana ia dikatakan boleh memberi kelahiran baru kepada mereka.

5. Jangan duduk di barisan hadapan ketika persembahan berlangsung

Jika anda pernah menonton persembahan pentas, anda pasti terlihat barisan hadapan pentas ini kosong, mengapa?

Ini kerana barisan tersebut adalah dikhaskan untuk roh-roh tersebut.

Selain itu, duduk di barisan hadapan juga akan menyebabkan anda lebih malang dan mempunyai penyakit serius.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]