Buat sendiri ‘boba’ viral tidak perlu berbelanja lebih

Bercakap sahaja mengenai minuman teh boba siapa yang tidak suka?

Boleh dikatakan sekarang trend teh boba sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Malah pertambahan kedai teh boba tumbuh umpama cendawan dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Namun harga teh boba di pasaran kebiasaannya berharga RM10 dan ke atas untuk satu minuman.

Bagi mereka yang hidup bersederhana pasti terasa untuk membayar hanya untuk satu minuman dengan harga mencecah lebih RM10.

Jadi mengapa perlu beli di kedai jika anda boleh buat sendiri di rumah dan setanding dengan jenama-jenama teh boba yang berada di pasaran?

Ini resepinya :

1. Gula perang 1 cawan
2. Air satu cawan
3. Tepung ubi kayu 2 cawan
4. Pewarna makanan (hitam)

Langkah-langkah untuk membuat boba:

1. Panaskan gula perang dan air dalam kuali sehingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacaukan ia.

3. Tunggu sehingga bahan sesuai untuk di uli, pindahkan ke dalam bekas yang sesuai.

4. Selepas itu, masukkan 3 titik pewarna hitam dan uli sampai jadi seperti “playdoh”.

5. Gentelkan doh bulat-bulat dan masukkan ke dalam bekas yang sudah di isi tepung, untuk elakkan doh lekat satu sama lain.

6. Panaskan gula perang dengan air, sudah didih masukkan doh yang sudah di gentel tadi dan kacau sehingga terapung.

*Nota: Jika ia terapung bermaksud sudah masak

7. Angkat doh boba yang sudah masak tadi dan letak dalam bekas yang berisi air dan ais batu. Kemudian boleh dihidang.

Perkongsian resipi ini dikongsi oleh pengguna Facebook Shafika Bakar dan semoga dengan adanya perkongsian ini, anda boleh buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]