Daging merah dan produk tenusu faktor penyebab bau badan

Ada sesetengah orang merasakan bau badannya tidak mengganggu orang lain dan normal.

Bagaimanapun tanggapan itu salah kerana bau badan adalah masalah utama yang harus diselesaikan sebelum anda dimarahi dengan orang sekeliling.

Ini kerana pada mereka bau badan adalah satu musibah yang memberi ketidakselesaan kepada orang ramai.

Jadi ia harus dikawal dengan baik, malah ada beberapa jenis makanan juga boleh mengawal bau badan anda!

1. Daging merah

Daging jenis ini membuatkan badan anda cepat berbau.

Ini kerana daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh.

Tambahan lagi bila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.

2. Bawang putih

Makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih.

Namun, jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak.

Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.

3. Minuman keras

Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan.

Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.

4. Makanan ringan

Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengelurkan bau yang tidak elok terutamanya ketika berpeluh.

Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan penambilan makanan seperti ini.

5. Makanan berempah

Rempah mengandugi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut.

Antara yang menjadi penyumbang adalah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.

6. Produk tenusu

Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan.

Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia akan menjadi penyebab kepada masalah bau badan.

Untuk meneutralkan semula air susu yang telah diminum, anda boleh meminum air kosong. Ia lagi menyihatkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]