Anak selamat tidak tercampak keluar dari kereta kerana ‘car seat’

Semua ibu bapa tahu akan kepentingan “car seat” untuk bayi.

Tetapi ada yang masih berdegil tidak meletakkan anak kecil mereka di dalam tempat itu kerana lemas dengan tangisan bayi yang mungkin tidak selesa diikat di dalam “car seat” tersebut.

Namun anda perlu tahu, ia mampu menyelamatkan nyawa anak anda sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

Menjadi contoh kepada insiden yang dikongsi dalam laman sosial Facebook Meme Umaida Taib tentang anaknya yang terselamat dari tercampak keluar semasa kemalangan yang teruk minggu lalu.

Jelasnya, beliau sangat bersyukur kerana telah meletakkan anaknya dalam “car seat”.

Kemalangan tersebut mengakibatkan keretanya terbalik dan jika anda lihat keadaan kereta tersebut, pasti anda berasa mereka sekeluarga akan cedera parah.

Akan tetapi, mereka ditemui dalam keadaan yang selamat dan paling penting anak mereka yang berusia 4 bulan juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika itu, anak mereka berada dalam car seat dan waktu kereta terbalik, anak mereka masih lagi dalam keadaan “buckled up” di “car seat” dan tidak tercampak keluar.

Bayangkan jika anak mereka tidak diletakkan pada “car seat”?

Anda pasti tahu apa akan terjadi, bukan?

Sehubungan itu, Meme Umaida menyeru ibu bapa yang masih berdegil tidak mahu menggunakan “car seat” untuk anak-anak mereka agar mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Malang tidak berbau, jika tidak mahu penyesalan di kemudian hari, anda haruslah menambah keselamatan untuk anak anda.

Nyawa tidak boleh dibeli tetapi harta boleh dicari.

Sumber: FB Meme Umaida Taib

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]