Penting… Jangan lupa ambil 4 insurans jika melancong ke Thailand dengan kereta

Siapa yang tidak suka melancong malah ia kini mula menjadi aktiviti tahunan bagi masyarakat Malaysia.

Namun tahukah anda ada beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan sebelum melancong ke negara luar terutama sekali ke negara jiran apabila kita memutuskan untuk memandu sendiri kenderaan.

Ikuti perkongsian Cikgu Joe Satun, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Pak Bara Satun Thailand.

Pada 5hb Jun 2018, hari pertama saya dan keluarga memulakan kembara malaya 44 hari.

Malam itu saya keluar untuk membeli makanan sahur. Lokasinya berdepan gerbang masuk ke Dannok.

Kira-kira jam 10 malam, sebuah kereta Malaysia yang baru melintasi border dalam 50 meter telah terlanggar sebuah motosikal Thai yang sedang U-Turn.

Pemilik kenderaan tidak memiliki Insurans Thai dan “declaration custom form”.

Dia juga tidak “stamping passport”. Menurutnya sekadar masuk hendak makan. Allahu Akbar! Nasibnya hanya Allah yang tahu.

Oleh itu saya menasihati anda semua agar mematuhi peraturan negara Thai.

Ini kerana selangkah kaki melepasi sempadan, kita tertakluk pada undang-undang dan peraturan negara Thailand.

Pastikan anda ada insurans berikut :

1. Insurans Por Ror Bor

Por Ror Bor atau Compulsory. Insuran ini “wajib” beli. Biasanya mereka sebut insurans 9 hari RM16-RM18.

Insurans ini menanggung kos rawatan hospital kita dan penumpang.

Maksimun tuntutan Thb80,000 (bergantung kepada polisi dan jenis syarikat atau pembekal). Jika kita bersalah.

Jika kita tidak bersalah, anda boleh membuat tuntutan lebih menurut polisi dan ketetapan pembekal insurans.

2. Insurans Voluntary

Voluntary atau insurans yang disyorkan bagi membayar ganti rugi kepada kenderaan yang terlibat dengan kenderaan anda, jika anda bersalah.

Jika anda tidak bersalah, anda boleh menuntut ganti rugi ke atas kenderaan yang terlibat kemalangan bersama anda.

Kelebihan insurans ini, ianya membantu anda daripada membayar pampasan yang di luar jangka. Biasanya orang sebut “pau”.

3. Insuran Travel

Insurans ini perlu sekiranya anda menghadapi penyakit kronik secara tiba-tiba kerana kos hopital di Thailand sangat tinggi bagi bukan warganegara.

4. Extra Thai

Kedua-dua Insurans ini (Extra Thai dan insurans travel) anda boleh rujuk agen insurans anda di Malaysia. Penyedia insurans ada menyediakan insurans jenis ini ketika anda melancong.

Boleh semak dengan pengendali insurans anda.

Kos insurans ini tidak begitu mahal tetapi dapat melindungi anda jika berlaku sebarang kemalangan tidak dijangka.

Malang tidak berbau. Bantu untuk kongsi. Banyak lagi kawan-kawan ambil mudah.

Sumber: Cikgu Joe Satun

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]