Bank Negara buka tempahan syiling peringatan khas pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16

Seperti yang kita tahu, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai pembukaan tempahan dan pembayaran secara online kepada orang ramai yang ingin memiliki syiking khas itu.

Tempahan boleh dibuat di laman web rasmi Bank Negara Malaysia bermula 19 Ogos hingga 11 malam 23 Ogos.

Orang ramai dinasihatkan untuk berurusan secara langsung menerusi laman web ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seorang pembeli hanya dihadkan untuk menempah 1 syiling emas, 3 syiling Emas Nordic, 1 syiling perak atau satu unit set 2 dalam 1 perak dan emas nordic.

Keputusan tempahan akan dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia akan diumumkan di laman web yang sama pada 17 September 2019.

Pembeli yang berjaya akan menerima syiling peringatan yang ditempah bermula 30 September hingga 11 Oktober di lokasi yang mereka pilih ketika membuat tempahan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]