Cara bajet guna penghawa dingin

Penghawa dingin merupakan antara barangan elektrik yang boleh menyumbang kepada peningkatan bil bulanan.

Apatah lagi jika suasana panas, ia akan dipasang pada tempoh yang lama untuk menghilangkan haba dan memberi keselesaan pada anda.

Begitu juga pada musim perayaan, penghawa dingin ini akan dipasang untuk menjadikan rumah lebih selesa dan sejuk.

Bagaimanapun terdapat beberapa formula yang boleh diguna pakai untuk anda menggunakan penghawa dingin dengan cara yang betul sekali gus membantu anda menjimatkan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan.

1. Beli aircond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP

Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12’x10’. [(12’x10’) x 60] / 9000 = 0.8HP.

Ada yang menyatakan penghawa dingin 0.5HP sudah cukup sebab bilik kecil tetapi sebenarnya yang paling sesuai ialah penghawa dingin 1HP dan yang paling baik ialah penghawa dingin 1.5HP.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan pergerakan kompresor.

Ini kerana semakin banyak kompresor bergerak, semakin tinggi juga elektrik digunakan.

Ini bermakna jika boleh kita gunakan pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

2. Gunakan penghawa dingin ada teknologi inverter

Inverter ini tujuannya adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor.

Bila elektrik pada kompresor lebih stabil, anda dapat menjimatkan elektrik.

Ia mempunyai kaitan dengan graf “electricity consumption”.

Bagi yang menggunakan inverter ini, anda tidak perlu untuk mematikan suis penghawa dingin anda secara kerap, kerana ia akan berfungsi pada tempoh yang panjang, kebiasannya mampu bertahan selama 4 jam.

3. Setkan penghawa dingin pada cara betul

Ramai yang menggunakan penghawa dingin dengan cara yang tidak tepat kerana ramai yang akan set pada suhu.

Contohnya 23 darjah celcius, kipas anda setkan pada tahap 2, anda biarkan pula sehingga pagi dan baru dimatikan.

Selepas ini, sebaik sahaja sampai di rumah, anda dicadangkan memasang penghawa dingin pada suhu terendah, contohnya 16 darjah celcius dan kipas paling kuat iaitu tahap 4.

Biarkan bilik itu selama 30 minit ke 45 minit, kemudian anda setkan semula pada suhu ke 26 kerana ini ialah suhu yang sesuai untuk anda tidur.

Kipas pula anda set pada tahap 2 dari 4.

Secara asasnya, bila menggunakan penghawa dingin, bahagian yang paling banyak menggunakan elektrik ketika ia baru dihidupkan.

4. Jangan selalu “on” dan “off”

Ini biasa berlaku bila tidur. Anda akan mematikan penghawa dingin bila terasa sejuk dan membukanya semula bila terasa panas.

Anda perlu tahu lebih kerap anda lakukannya, bil anda akan semakin melambung.

5. Servis penghawa dingin setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali

Jika anda tidak mempunyai kewangan yang kukuh, anda disarankan untuk membuat servis penghawa dingin paling kurang setahun sekali.

Jika tidak penghawa dingin anda akan rosak dan ia memerlukan kos yang lebih tinggi untuk membaikinya sehingga mampu mencecah RM1,500.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]