Cristiano Ronaldo menyanyi dan menari untuk Shopee menghiburkan

Shopee baru sahaja mengumumkan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai duta terbaru untuk jenama berkenaan.

Ronaldo dipilih untuk menjayakan jualan atas talian terbesar mereka, 9.9 Super Shopping Sale yang akan berlangsung pada 19 Ogos sehingga 8 September 2019.

Namun, yang jadi perhatian sebenarnya adalah video promosi untuk kempen ini yang dilakonkan sendiri oleh Ronaldo.

Dapat dilihat dalam video ini, laungan ikonik “Siii” yang disebut oleh Ronaldo ketika meraikan gol digantikan dengan bunyi “Shopee”.

Beliau juga turut menari “The Shopee Dance” di penghujung iklan ini hingga membuatkan ramai yang terhibur dengan iklan Ronaldo untuk Shopee itu.

Walaupun beliau sering dilihat sebagai seorang yang “control macho” tetapi di dalam iklan ini ternyata perwatakannya berubah sama sekali.

Tidak dinafikan Ronaldo pasti menerima bayaran yang lumayan sehingga sanggup menjadi duta Shopee.

Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kejutan daripada Shopee kerana mengambil selebriti berkelas dunia untuk promosi 9.9 Super Shopping Sale.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]