Rahsia wanita umur panjang 107 tahun: ‘Saya tak pernah kahwin’

Untuk mempunyai kekuatan pada usia 100 tahun adalah perkara sukar.

Namun ia tidak mustahil bagi sesetengah individu yang begitu menjaga kesihatan di peringkat awal lagi.

Louise Jean Signore, seorang wanita warga emas baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-107.

“Saya rasa rahsia untuk 107 ialah saya tak pernah berkahwin. Saya rasa itulah rahsianya,” kata Louise ketika ditemubual media antarabangsa.

Louise turut berkata, adik perempuannya sendiri sering meluahkan rasa kesal kerana telah mendirikan rumahtangga.

Dan nampaknya kebolehan Louise untuk hidup lama bukan disebabkan oleh tuah.

Sebaliknya ia mungkin keturunan kerana adiknya juga panjang umur usianya 102 tahun!

Dilahirkan pada tahun 1912 di Harlem, Manhattan, Louise kemudiannya berpindah ke Bronx, Manhattan ketika berusia 14 tahun.

Di situlah kediamannya sampai sekarang.

Selepas bersara, dia menari hampir setiap hari dan boleh bermain permainan Bocce dengan mahir.

Daripada dulu lagi Louise hidup bersendirian, dan dia mendedahkan itulah sebab hidupnya kurang stress.

Louise juga memberitahu bahawa dia mengamalkan pemakanan asas sahaja, tiada minuman gas dan kek yang manis.

Namun, hidup Louise bukanlah 100 peratus sempurna.

Dia disahkan buta namun berjaya menangani penyakit pneumonia yang serius dua tahun lalu dan juga berjaya mengharungi kejadian ngeri apabila dia diserang di dalam rumahnya sendiri ketika berusia 103 tahun.

Menariknya, dia tidak menggunakan tongkat dan kerusi roda, malah boleh pergi membeli belah sendiri dengan usia ini.

“Jika warga tua lain bersenam, saya pun bersenam. Jika mereka menari, saya ikut sama. Selepas makan tengah hari, saya main Bingo. Hidup saya sentiasa penuh dengan aktiviti,” jelasnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]