6 salun rambut ‘mesra’ kanak-kanak

Pelbagai ragam dapat dilihat apabila kanak-kanak disuruh untuk menggunting rambut, antaranya menjerit seperti histeria.

Ia mungkin disebabkan mereka lihat akan peralatan gunting yang tajam serta perkakas lain membuatkan mereka tidak akan duduk diam dan takut.

Oleh itu, mereka akan takut setiap kali melangkah ke tempat menggunting rambut, maka di sinilah kepakaran penggaya rambut atau tukang gunting bermain dengan gunting serta dekorasi yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak semata-mata untuk menarik perhatian mereka.

Bagaimanapun, bukan semua tempat mempunyai servis yang baik untuk kanak-kanak kerana ia mempunyai kemahiran tertentu dalam hal ini.

1. Quick Cut

Quick Cut ialah satu rangkaian kedai gunting rambut profesional dan pantas yang menawarkan perkhidmatan potong rambut sepantas 10 minit.

Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempat mencari kedai gunting rambut yang cepat dan murah untuk anak, Quick Cut adalah pilihan terbaik.

Quick Cut mudah ditemui dan kebiasaannya bertempat di dalam pusat beli belah.

Sesetengah cawangan menyediakan kerusi berbentuk kenderaan comel khas buat kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Lokasi: G36 BMC Mall, Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, 1 Utama, Avenue K and 14 lokasi lain.
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM18 (Harga bergantung pada lokasi)

2. Kwik & Ez

Kwik & Ez menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang pantas dan berpatutan khas di Happy Kids Cut Corner.

Terdapat pelbagai tema kanak-kanak yang disediakan di pelbagai lokasi sekitar KL dan Selangor, termasuklah IOI Mall Puchong, Setia City Mall dan Tesco Kepong Village Mall.

Alamat: Lot Level 2-11 Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, IOI Mall Puchong, Damansara dan pelbagai lokasi pusat beli-belah yang lain.
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga: RM20
Facebook: kwik.ez

3. Huuk Barbershop

Jika anda ingin membawa anak ke sini, pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu agar tidak menunggu lama. Kedai gunting rambut yang bertemakan retro ini bukan sahaja mempunyai tukang gunting yang mesra, malah bijak mengendalikan kanak-kanak.

Alamat: Lot.B1.03.00, Basement 1, Pavilion Kuala Lumpur, 165, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur and 5 lokasi lain Wangsa Maju, Taman Melawati, MidValley dan Bukit Bintang
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM30
Facebook: HuukBarbershop

4. Joe’s Barbershop

Kedai gunting rambut Joe’s Barbershop diasaskan oleh selebriti hip hop, Joe Flizzow dan rakannya Andy Darmis.

Sejak pembukaan kedai pertama mereka pada tahun 2013, rangkaian popular ini sudah berkembang dengan cepat ke 21 lokasi berbeza di seluruh negara.

Untuk keselesaan pelanggan mereka yang lebih muda, kedai ini menggunakan peralatan yang lebih kecil dan selamat untuk kanak-kanak.

Alamat: Plaza Rasta, Off Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur dan 20 cawangan lagi di lokasi antaranya di Subang Jaya, Bangi, Shah Alam.
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis 12 tengahari – 11 malam (Jumaat tutup)
Harga bermula dari: RM20
Facebook: Joes47500

5. GEM Studio

GEM Studio asalnya merupakan sebahagian dari The Parenthood dan kini berpindah ke premis baru di Sunway Pyramid.

Pilihan warna rekaan dalamannya sangat menarik, dengan hiasan unicorn yang comel pasti menarik perhatian kanak-kanak khususnya si gadis kecil!

Alamat: F1.13 Tingkat 1, Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM25
Facebook: GEMStudio

6. 76STYLE

Salun francais dari Tokyo, Hair Salon 76STYLE memenuhi keperluan orang dewasa atau kanak-kanak yang bergaya.

Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan mendapat faedah seperti potongan rambut percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Nikmati diskaun 50 peratus jika anak anda berumur antara 6 hingga 12 tahun, dan 30 peratus untuk mereka yang berusia 19 tahun ke bawah.

Kawasan permainan yang selesa akan membuatkan anak-anak terleka sementara ibu bapa menikmati minuman di Caffe Crema kedai sebelah.

Alamat: E-01-02, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis 9.30 pagi – 9 malam.
Jumaat hingga Ahad/Cuti umum 9.30 pagi – 7 malam
Harga: Percuma untuk ahli dengan anak berusia 5 tahun ke bawah.
Facebook: 76stylemy

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]