Harujuku sediakan tong sampah lepas minum ‘bubble tea’

Minuman “pearl” Tapioka, yang juga dikenali sebagai “bubble tea” kini terkenal di Jepun turut menjadi trend minuman kegemaran ramai seluruh dunia.

Namun dalam kegilaan itu, terdapat masalah yang berlaku apabila cawan-cawan plastik “bubble tea” itu bersepah di merata tempat sekaligus menyebabkan pencemaran.

Oleh itu, satu langkah telah diambil iaitu Harajuku menyediakan tong sampah untuk pembeli “bubble tea” membuang sampah di situ.

Tong sampah itu adalah kolaborasi dengan Greenbird, sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang fokus kepada kebersihan alam sekitar dan “Xie Xie Pearl” sebuah kedai yang membekalkan perasa gula perang dan “pearl” tapioka susu.

Bermula pada 1 Ogos lalu, tujuannya adalah ingin menanamkan rasa tanggungjawab kepada setiap yang minum “bubble tea” itu dan akhirnya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Tong sampah ini boleh didapati bermula jam 1 petang hingga 6 petang dan ditutup pada hari Selasa.

Anda akan menemui tong sampah di hadapan ruang komuniti subaCO, yang terletak dalam jarak seminit berjalan kaki dari Stesen Meiji Jingumae.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]