Apa perlu anda buat jika memandu waktu malam?

Gambar rawpixel.com.

Ada sesetengah individu mengelak untuk memandu pada waktu siang kerana panas dan terik serta memberi tekanan kepada kenderaan dengan cuaca tersebut.

Atas alasan itu, lebih relevan dikatakan memandu pada waktu malam adalah lebih baik dari siang.

Namun terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemanduan pada waktu malam.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan.

1. Malapkan cahaya dalam kereta

Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda.

Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.

2. Pantau suasana sekeliling

Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan.

Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.

3. Selenggara lampu hadapan

Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam.

Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.

4. Kekal jarak selamat

Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda.

Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.

5. Tidur sebentar

Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika.

Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]