Ingin tidur lena? Makan ceri sejam sebelum tidur

Tidur yang cukup amat penting bagi menjamin kesegaran tubuh badan.

Apabila seharian menyiapkan tugasan, badan akan menjadi lemah dan ia lebih mudah untuk tidur dengan lebih lena.

Namun ada juga keadaan yang sukar melelapkan mata meskipun badan terasa lemah.

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melelapkan mata dan membuatkan tidur anda lebih lena dan sempurna.

1. Produk kekacang soya

Kacang soya ialah sumber L-Tryptophan, sejenis asid amino yang menghasilkan neurotransmitter yang dinamakan serotonin.

Neurotransmitter ini kemudiannya membantu badan anda menghasilkan hormon melatonin apabila anda memerlukan tidur.

Walaupun hanya sedikit saja peratusan L-Tryptophan yang terlibat, ia masih memainkan peranan penting.

2. Pisang

Buah ini adalah sumber vitamin B6 yang diperlukan untuk menghasilkan melatonin.

Ia juga mengandungi magnesium dan kalsium yang membina semula otot ketika anda tidur.

3. Ceri

Buah ini juga mengandungi melatonin yang mengawal selia kitaran tidur anda.

Penyelidik yang pernah mengkaji kandungan melatonin dalam ceri menyarankan anda makan buah ini sejam sebelum tidur.

4. Beras jasmin

Kajian menunjukkan makanan dengan kandungan karbohidrat yang mudah dicerna boleh mengurangkan masa yang diambil untuk lena.

Makanan ini digelar sebagai makanan tinggi glisemik.

Beras jasmin mencapai skor 109 dalam indeks glisemik, lebih banyak daripada glukosa tulen.

Semoga maklumat ini dapat membantu!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]