‘No Time to Die’ diumum judul filem terbaru Bond 25

Tajuk rasmi filem James Bond didedahkan penerbitnya.

Filem Bond ke-25 itu bakal dikenali sebagai “No Time to Die”.

Filem perisik ini bakal menyaksikan kemunculan semula Daniel Craig selaku Ejen 007 buat kali kelima dan terakhir.

Ia juga menampilkan pemenang Oscar, Rami Malik memegang karakter jahat.

Ralph Fiennes dan Ben Whishaw juga akan kembali masing-masing bagi watak M dan Q.

Filem itu diarahkan Cary Joji Fukunaga selepas pengarah sebelum itu Danny Boyle menarik diri.

“No Time to Die” dijadual tayangan pada April tahun depan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]