Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$103.1 bilion daripada AS$103.9 bilion pada 15 Ogos

Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut kepada AS$103.1 biliion (AS$1=RM4.180) pada 15 Ogos, 2019 daripada AS$103.9 bilion dicatatkan pada 31 Julai, 2019.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.8 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR)(AS$1.1 bilion), emas (AS$1.8 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$ 2.2 bilion), katanya.

Bank pusat itu berkata, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM427.04 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.20 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM11.91 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM140.63 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.96 bilion), deposit institusi kewangan (RM158.71 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM1.53 bilion), kertas Bank Negara (RM20.56 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion), dan liabiliti lain (RM2.43 bilion).