Sarawak umum Kabinet baru

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg. (Gambar Bernama)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg menamakan Douglas Uggah Embas dinamakan menteri kewangan II negeri baru, dalam rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini.

Uggah menggantikan Wong Soon Koh, presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang meletakkan jawatan bulan lepas kerana kecewa ahli partinya tiada dalam senarai baru ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Lee Kim Shin, yang sebelum ini menggalas portfolio menteri muda pelancongan, keseniaan dan kebudayaan, dilantik sebagai menteri pengangkutan negeri.