Thailand mahu larang plastik kegunaan tunggal sebelum 2022

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand Varawut Silpa-archa berkata, negara itu akan bekerjasama dengan negara Asean lain bagi mengatasi masalah sisa buang plastik.

BANGKOK: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand berikrar untuk menyelesaikan masalah sisa buangan plastik, termasuk yang dibuang ke laut, selain bekerjasama dengan negara Asean untuk menangani isu berkenaan, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Menterinya, Varawut Silpa-archa berkata, bagi mengatasi masalah itu, yang dianggap agenda nasional, joran terapung akan dipasang di 400 lokasi untuk memerangkap sisa plastik dan 50% kerja pemasangan telah siap.

Bercakap mengenai rancangan kerajaan untuk menghentikan plastik kegunaan tunggal, straw plastik, cawan dan bekas makanan stirofoam menjelang 2022, beliau berkata, larangan itu perlu dilaksanakan lebih awal, sama ada mulai 2020 atau 2021.

Kementerian akan berusaha mencari bahan yang sesuai untuk menggantikan plastik kegunaan tunggal, ujarnya.