5 pokok hiasan bahaya jika anak anda dekati!

Kini menjadi trend beberapa jenis pokok dijadikan sebagai hiasan sama ada di dalam atau luar rumah.

Ia pastinya bertujuan untuk mencantikkan kawasan sekeliling dan pandangan yang lebih hijau, ia benar-benar memberi kesegaran pada mata!

Namun terdapat beberapa jenis pokok yang berbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada sesiapa yang tidak tahu dan mendekatinya.

Lebih buruk lagi, ada juga kanak-kanak yang menggigit daun tersebut dan memasukkannya di dalam mulut.

Akibatnya, terdapat luka di mulut dan mengambil masa untuk pulih.

Sehubungan itu, terdapat beberapa jenis pokok yang perlu anda tahu dan elakkannya daripada kanak-kanak.

1. Dieffenbachia

Getah tumbuhan ini digunakan oleh penduduk Amazon sebagai racun bagi anak panah ketika memburu.

Toksin di dalam pokok ini, Calcium Oxalate, juga boleh merosakkan buah pinggang, perut dan arteri serta menyebabkan gastrik.

2. Anthurium Spp

Ia juga mengandungi toksin Calcium Oxalate yang membahayakan kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

Walaupun racunnya berkategori sederhana, jika termakan dalam jumlah yang banyak, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius ataupun membawa maut.

Antara simptom racunnya ialah seperti sakit kulit, mulut, lidah dan tekak, serta sukar bernafas.

3. Nerium Oleander

Tampak sahaja cantik tetapi kandungan racunnya tinggi!

Ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak tetapi juga haiwan peliharaan anda.

Ketika mengendalikan pokok ini, seelok-eloknya pakailah sarung tangan atau topeng muka supaya anda tidak terhisap bau getahnya.

4. Zamioculcas Zamiifolia

Ia juga dikenali sebagai Zanzibar Gem, Money Plant, Succulent Philodendron, Chinese New Year Festive Plant dan arum fern.

Daunnya tebal dan batangnya berkilat, mirip pokok tiruan yang diperbuat daripada plastik.

Setiap bahagian pokok ini mengandungi racun dan patut dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Ketika mengendalikan pokok ini, pakai sarung tangan dan selepas itu, cuci betul-betul dengan hati-hati.

5. Caladium bicolor

Kandungan toksin di dalam pokok ini dinamakan “Calcium Oxalate Crystals” dan “asparagine”.

Jika anak anda termakan, dia akan terasa seolah-olah mulut dan tekaknya terbakar atau melecur.

Simptom lain termasuklah cirit-birit, muntah, sakit mulut, lidah bengkak dan mata kemerahan.

Segera lap mulut mangsa dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air sejuk.

Kemudian berikan minum susu.

Jika berlarutan, hantarkannya segera ke hospital.

Anda pernah lihat pokok-pokok di atas? Jangan disangka ia tidak membahayakan!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]