Anggota pergerakan wanita AS enggan lawat Israel

Pada 15 Ogos rejim Israel melarang anggota kongres AS Rashida Tlaib (kanan) dan Ilhan Omar daripada melawat negara itu dan Tebing Barat yang diduduki. (Gambar AFP)

ANKARA: Tiga anggota pergerakan wanita Amerika enggan melawat Israel selepas 2 kongres wanita Amerika Syarikat diharamkan daripada memasuki negara itu minggu lepas, lapor agensi berita Anadolu.

Menerusi Twitter sebuah pergerakan pro-palestin dikenali Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) mengatakan ahli kongres Alexandria Ocasio-Cortez, pelakon Cynthia Nixon dan aktivis Gloria Steinmen turut menggesa pihak lain tidak melawat Israel.

“Saya mahu lihat komitmen daripada wakil saya di Washington untuk tidak pergi ke Israel sehingga semua anggota Kongres dialu-alukan,” tulis Nixon dalam Twitter.

Dua kongres wanita itu dilarang masuk ke Israel pada 15 Ogos.

Ocasio-Cortez berkata, larangan tersebut menggugat hubungan diplomatik antarabangsa.

Rejim Israel melarang Rashida Tlaib dan Ilhan Omar dari melawat negara itu dan Tebing Barat yang diduduki, susulan Presiden Donald Trump menulis di Twitternya “ia akan menunjukkan kelemahan yang jelas” andai mereka dibenarkan masuk.

Keputusan itu menerima kecaman hebat Senator Republikan Marco Rubio menyifatkan keputusan itu satu “kesilapan.”

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, larangan itu kerana Tlaib dan Omar merupakan penyokong tegar gerakan boikot terhadap Israel.