Foodpanda dan Oldtown White Coffee kini ‘di pintu’ rumah anda

Bermula hari ini, peminat Old Town White Coffee boleh menempah makanan dan minuman secara online melalui foodpanda.

Mengikuti trend terkini, ramai orang lebih memilih untuk memesan makanan secara online sahaja.

Ini kerana bagi mereka ia mudah, tidak merenyahkan dan jimat masa.

Hanya melalui beberapa applikasi yang dimuat turun dalam telefon pintar dan anda boleh memesan pelbagai variasi makanan dengan harga berpatutan.

Cara pembungkusan makanannya mudah untuk dihantar kepada pelanggan.

Kini, bagi peminat Oldtown White Coffee juga, anda boleh mendapatkannya secara online dengan kolaborasi foodpanda.

Terdapat 9 menu yang boleh dihantar melalui foodpanda termasuklah mee kari, nasi lemak, meehoon dan sandwich.

Ia lebih memudahkan langkah anda untuk menyiapkan tugasan harian sama ada di pejabat atau dimana sahaja, sambil menunggu pesanan anda sampai ke lokasi hanya dalam masa 30 minit!

Kolaborasi ini melibatkan 150 restoran Oldtown White Coffee seluruh Malaysia dengan jumlah “rider” foodpanda kini yang semakin bertambah.

Anda boleh mendapatkan makanan yang ditempah hanya dalam masa 30 minit.

Menurut Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, ia menjadikan rakyat Malaysia kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati makanan dan minuman dari pelbagai restoran termasuk Oldtown White Coffee sendiri.

“Ini bukan sahaja meningkatkan foodpanda ke tahap lebih tinggi, malah dapat menghantar makanan berkualiti kepada para pelanggan,” katanya pada majlis perasmian kerjasama diantara Oldtown White Coffee dengan foodpanda merasmikan Oldtown 2Go.

Terdapat 9 menu yang boleh dipesan secara online, antaranya mi kari dan nasi lemak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]